BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Wanita Warga Asing, Bantu Siasatan Penemuan Mayat Di Klang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
8bf288919df1681d5f2f31dc3fdae09566157077bd56e

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao

Polis menahan seorang wanita warga asing bagi membantu siasatan penemuan satu mayat lelaki di sebuah kediaman di Klang, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki warga asing pada 3.15 petang tadi di kediaman yang sama.

Beliau berkata wanita berusia 32 tahun itu, ditahan selepas penemuan mayat tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Motif kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara mangsa dan suspek. Siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan atau menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggugat keamanan masyarakat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

 
Back
Top
Log in Register