BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Tiga Penunggang Motosikal Wanita Buat Aksi "Superman"

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Polis Tahan Tiga Penunggang Motosikal Wanita Buat Aksi "Superman"​

14a552d67cb0ce3867d1826a89b246b16a5c6fe8989a8

--kredit awam

Polis menahan tiga wanita kerana disyaki menunggang motosikal secara berbahaya dengan aksi “superman” di Jalan Pintasan Kuantan semalam, selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata tiga suspek itu berusia 18 hingga 21 tahun ditahan ketika hadir memberi keterangan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuantan.

“Soal siasat mendapati tiga penunggang itu mengaku terlibat dalam aksi berbahaya tersebut pada awal pagi Khamis lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis merampas tiga motosikal jenis Yamaha LC135 digunakan oleh dua suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan manakala seorang lagi penyambut tetamu di hotel.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ashari menasihati orang ramai supaya tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk meraih perhatian dengan melakukan aksi yang melanggar undang-undang.

“Jalan raya bukan tempat untuk berlumba atau menunjukkan keberanian, sebaliknya perlu digunakan secara berhemah dan bertanggungjawab. Jangan mencari populariti sehingga menggadaikan nyawa,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register