BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Tiga Lelaki Bergaduh Berebut Teman Wanita

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Polis menahan tiga individu dipercayai terlibat dengan satu kes pergaduhan di Bandar Setia Alam, di sini yang video kejadian tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden pergaduhan membabitkan empat orang lelaki itu pada 3.51 petang, semalam.

Beliau berkata mengikut laporan, kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Setia Y U13/Y Bandar Setia Alam dan sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi ketika kejadian.

“Bertindak di atas maklumat, polis daripada pasukan D7 (Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gengsterisme) menahan dua lelaki masing-masing berusia 44 dan 69 tahun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 8 malam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata hasil pandu arah kedua-dua suspek, telah membantu polis merampas sebatang kayu berukuran lebih kurang 91 sentimeter (cm) panjang di lokasi pergaduhan.

Beliau berkata polis kemudiannya menahan seorang lagi suspek berusia 22 tahun di hadapan rumah di Taman Kapar, Klang manakala seorang lagi suspek masih giat dikesan.

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek dipercayai saling mengenali dan pergaduhan dipercayai menjurus kepada kes cemburu, apabila teman wanita seorang daripada suspek keluar janji temu dengan suspek yang lebih muda,” katanya.

Mohd Iqbal kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan rusuhan menggunakan senjata kayu atau rotan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sjn Mohamad Hanafi Abdul Ghani ditalian 010-3728932 bagi membantu siasatan.

 



Gaduh berebut teman wanita: Tiga ditahan, seorang lagi diburu polis

SHAH ALAM - Tiga ditahan, manakala seorang lagi diburu bagi membantu siasatan kes gadullh di Jalan Setia Indah Y U13/Y, Bandar Setia Alam di sini yang berpunca kerana berebut teman wanita.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 3.51 petang Khamis melibatkan pergadvhan empat lelaki tempatan


"Bertindak di atas maklumat, kira-kira jam 10 malam hari yang sama, Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menahan dua lelaki berusia 69 dan 44 tahun di pekarangan IPD Shah Alam.


Beliau berkata, seorang lagi lelaki berusia 22 tahun turut ditahan di Taman Kapar, Klang.

Tambah Mohd Iqbal, polis masih giat mengesan seorang lagi suspek yang terlibat.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perebutan teman wanita," ujarnya.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mohamad Hanafi Abdul Ghani di talian 010-3728932.

Sinar Harian
Sumber : Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register