BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Pemilik Akaun Facebook "Cikgu Chandra" Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d8baf723a312cd76b9080a7e052d8776698d8d5fce8a4

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus

Polis menahan seorang individu yang juga pemilik akaun Facebook “Cikgu Chandra” semalam, kerana disyaki memuat naik hantaran dalam Facebook yang dipercayai boleh mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dalam kenyataan hari ini berkata suspek ditahan kira-kira 3 petang, dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tular itu turut dirampas, namun tidak menyatakan lokasi suspek ditahan.

"Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut," katanya.

Fadil berkata tangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada seorang lelaki pada 10 malam pada Selasa lepas, yang melihat satu paparan Facebook oleh suspek didakwa menyentuh isu kaum dan agama serta disifatkan berniat mengganggu ketenteraman awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis menyeru dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau memuat naik hantaran sensitif yang menyentuh isu 3R dan boleh mengganggu keamanan serta keselamatan awam.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang cuba memainkan sentimen ini untuk meraih populariti dan meraih sokongan daripada mana-mana pihak,” katanya.

 
dia buat ape?kan ker dia india yg ada pengetahuan tinggi dari kalangan kaum dia?kenapa dia ditahan?
 
Back
Top
Log in Register