BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Empat Lelaki Terlibat Sindiket Penipuan Penjualan Video Lucah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
09574af564b3815523451f062f1ec21367695fd8737d4


Polis menahan empat lelaki warga China dalam serbuan di sebuah rumah di sini kerana disyaki terlibat sindiket penipuan dalam talian yang menawarkan penjualan video lucah, minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintenden Ahmad Lutfti Abdul Mutalip berkata suspek berusia 25  hingga 40 tahun ditahan pada 23 April oleh pasukan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati sindiket itu mengiklankan dan menyediakan video lucah menerusi sebuah laman web serta menggunakan aplikasi Tang Tang, Telegram dan WeChat bagi menarik pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis merampas empat unit komputer, telefon bimbit pelbagai jenama (19), router (seunit), kunci dan alat kawalan jauh yang digunakan dalam jenayah itu dengan nilai rampasan dianggarkan RM10,000.

Semua suspek direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register