BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 30 Tan Minyak Sawit Mentah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 30 Tan Minyak Sawit Mentah​

b955b2583780bae9524e756285fd12426a05a97b277f2

Kredit: PDRM

Cubaan dua lelaki menjalankan kegiatan pemindahan minyak sawit mentah secara haram berjaya dipatahkan apabila mereka ditahan ketika sedang leka melakukan aktiviti itu dalam serbuan Ops Taring Palma di sekitar Taman Jalan Kem, Klang, Selangor, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Supt  Amanjit Singh berkata serbuan bersepadu pada 4 petang itu dijalankan oleh Cawangan Risik PGA Semenyih bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Pelabuhan Klang serta Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Beliau berkata kedua-dua suspek warga tempatan berusia antara 22 hingga 36 tahun itu ditahan ketika sedang menjalankan aktiviti berkenaan, manakala hasil pemeriksaan di lokasi menemukan serta merampas kira-kira 30 tan minyak sawit mentah.

“Turut disita sebuah lori treler tangki bersaiz 40 kaki, sebuah lori jenis rigid muatan tiga tan serta beberapa peralatan yang digunakan dalam kegiatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amanjit berkata keseluruhan nilai rampasan bernilai RM505,000 dan kedua-dua suspek ditelah iserahkan kepada pihak MPOB Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut.

Katanya kes disiasat mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) dan Akta Pengangkutan Jalan.

 
Back
Top
Log in Register