BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Dua Lagi Lelaki Bantu Siasatan Kes Tetak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
28880c4f432cb5cb63ccd5ca65ff913968e93d88d4a1e

Datuk Azizee Ismail

Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes lelaki diserang dan ditetak dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Jalan Kelawai, di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata dua lelaki masing-masing berusia 20-an itu ditahan di sini hari ini, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Secara keseluruhannya sehingga kini sebanyak enam suspek telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan menahan empat suspek berusia 29 hingga 40 tahun, yang  masing-masing kini direman antara empat hingga lima hari bagi membantu siasatan.

Rabu lepas, seorang lelaki parah selepas diserang dan ditetak seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah, sebelum suspek melarikan diri menaiki motosikal.

 
Back
Top
Log in Register