BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis siasat video tular pemandu bas isi 'cecair' dalam botol ketika memandu

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Polis siasat video tular pemandu bas isi 'cecair' dalam botol ketika memandu

BERNAMA

Ipoh: Polis sedang menyiasat video tular memaparkan seorang pemandu bas memasukkan cecair ke dalam botol semasa memandu kenderaan berkenaan, baru-baru ini.


"Hasil semakan awal mendapati lokasi sebenar kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

"Namun berdasarkan perbualan di ruangan komen, pemilik akaun itu meluahkan kebimbangan kerana kejadian tersebut berlaku berhampiran kawasan selepas Terowong Menora yang boleh mengancam keselamatan penumpang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Malek berkata polis masih mengesan syarikat bas yang terlibat serta laluan sebenar perjalanan bas itu, dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan orang awam.

Beliau berkata usaha mengesan pemilik akaun media sosial tersebut sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Terdahulu, tular di Threads pada Khamis lepas satu video berdurasi 22 saat memaparkan seorang pemandu bas ekspres memandu secara berbahaya ketika membuka plastik berisi cecair untuk dimasukkan ke dalam botol.


Artikel Harian Metro

 
Back
Top
Log in Register