BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis sahkan terima maklumat kes amah didakwa didera majikan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201






Sekarang yang jadi persoalan, majikan bersama isterinya pula didakwa memukul pembantu rumah itu sehingga cedera teruk. Salah tetap salah, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Update Copy-paste 📝 & kredit owner 🎥

Video dan Gambar Tular Majikan Pukul Pembantu Rumah, Didakwa Berpunca Daripada Rakaman CCTV

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu video dan beberapa gambar yang memaparkan insiden seorang majikan memukul pembantu rumah di sebuah lokasi yang masih belum dapat dipastikan.


Video serta gambar berkenaan kini beredar luas di platform media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

#mediaSosial
 
Polis sahkan terima maklumat kes amah didakwa didera majikan



JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan menerima maklumat berhubung video tular memaparkan empat individu mengasari seorang pembantu rumah warga asing yang didakwa memukul anak majikannya yang masih kecil.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menjalankan risikan lanjut berhubung kejadian berkenaan.

“Ia masih dalam proses risikan,” katanya ringkas.

Terdahulu, video kejadian yang tular di media sosial itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Video terbabit dipercayai dirakam di kediaman majikan mangsa, dengan seorang lelaki yang dipercayai majikan dilihat mengasari wanita itu sehingga kedengaran suara tangisan.

Selain majikan, tiga lagi individu termasuk dua wanita turut dilihat bergilir-gilir memarahi mangsa sambil meninggikan suara dan memakinya.

Rata-rata pengguna media sosial mengutuk perbuatan berkenaan serta menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Mereka menyifatkan tindakan majikan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.

Netizen juga berpandangan pembantu rumah berkenaan sepatutnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sekiranya benar memukul anak majikan, dan bukannya dihukum sesuka hati sehingga boleh mengundang kejadian tidak diingini.

Menurut maklumat yang dikongsikan di platform Thread, kejadian itu didakwa berlaku di Taman Daya, di sini.

Gambar yang dipercayai menunjukkan pembantu rumah terbabit turut tular di media sosial, dengan mangsa dikatakan mengalami kesan lebam pada bahagian wajah, leher dan telinga.

Artikel Buletin Tv3
 

Dua Pasangan Suami Isteri Diberkas Selepas Video Pukul Pembantu Rumah Tular​

1ffe602bd9560acbbad6f517140dc6886a2e3c6da6c98


Dua pasangan suami isteri diberkas semalam selepas video mereka dipercayai memukul pembantu rumah warga Indonesia tular di media sosial.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata kesemua suspek berusia 30 hingga 34 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Johor dekat Tampoi, di sini pada 7.30 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kedua-dua pasangan itu tinggal serumah manakala suspek wanita adalah adik-beradik.

“Kejadian pukul itu disyaki membabitkan tiga pembantu rumah dan dipercayai berlaku pada 26 Julai tahun lepas.

"Video tersebut dirakam oleh seorang daripada mangsa, namun baru ditularkan di media sosial (semalam). Bagaimanapun, motif kejadian masih dalam siasatan," katanya pada sidang media di IPD Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga pembantu rumah berusia sekitar 20-an itu dipercayai melarikan diri namun masih berada di negara ini.

Ab Rahaman berkata pihaknya turut merampas telefon bimbit, pakaian suspek, satu kamera litar tertutup dan dua pasport pembantu rumah berkenaan, manakala kesemua suspek yang didapati negatif dadah serta tiada rekod lampau direman sehari.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 354 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport.

 
sampai 2 orang pembantu rumah...hebat...
3 pembantu rumah.

(Kejadian pukul itu disyaki membabitkan tiga pembantu rumah dan dipercayai berlaku pada 26 Julai tahun lepas)
 
dia pukul mcm mane
 


Video amah berkasar dengan anak majikan didedah

NURUL HIDAYAH HAMID

SHAH ALAM – Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang pembantu rumah bertindak kasar terhadap anak majikannya didedahkan dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes dua pasangan suami isteri yang kini disiasat polis kerana disyaki mencederakan seorang amah warga asing di Johor.

Seorang individu yang mendakwa sebagai rakan kepada majikan terbabit tampil berkongsi penjelasan di media sosial dengan mendakwa kemarahan pasangan itu berpunca daripada kejadian lama yang dikatakan melibatkan pembantu rumah yang pernah menjaga anak mereka.

Menurut hantaran yang dimuat naik di Threads, individu berkenaan mendakwa terdapat dua episod berbeza melibatkan pembantu rumah di kediaman itu.

Dakwanya, pembantu rumah pertama yang bekerja pada tahun lalu telah diberhentikan selepas didakwa mendera anak majikannya, manakala pembantu rumah kedua yang diambil bekerja pada tahun ini pula dikatakan diberhentikan selepas didakwa terlibat dalam kes kecurian.

"Agaknya sudah kantoi dan bibik itu diberhentikan. Jadi, dia bermain sebagai mangsa dengan menggunakan video bibik lama sebagai modal.

"Cuma saya tidak pasti dari mana bibik ini memperoleh video bibik lama. Ini pemilik yang beritahu sendiri bahawa bibik baharu bermain sebagai mangsa," menurut hantaran tersebut.

Hantaran sama turut memaparkan tangkap layar rakaman CCTV yang didakwa menunjukkan kronologi seorang pembantu rumah mengejar kanak-kanak sebelum berlaku kejadian di dalam rumah.

Menerusi video yang dikongsikan, wanita berkenaan dilihat sedang melakukan kerja-kerja rumah di ruang tamu sebelum bertindak mengalihkan seorang kanak-kanak perempuan yang berada di atas lantai.

Berdasarkan rakaman berkenaan, wanita terbabit dilihat beberapa kali mengendalikan beberapa kanak-kanak dengan cara yang didakwa kasar termasuk menarik rambut salah seorang kanak-kanak.

Rakaman itu turut disertakan dengan dakwaan bahawa pembantu rumah terbabit mengangkat dan menghempas kanak-kanak berkenaan ke tepi bagi membolehkannya menyapu kawasan tersebut.

Kejadian itu hanya disedari ibu bapa kanak-kanak terbabit selepas mereka meneliti semula rakaman CCTV yang dipasang di kediaman berkenaan.

Sumber : Sinar Harian
 
406372-406372.jpg



Empat individu melibatkan dua pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan mencederakan tiga pembantu rumah warga Indonesia, melakukan ugutan jenayah serta menyimpan pasport mangsa tanpa kebenaran.

Tertuduh,
â—ŹMuhamad Firdaus Sha'aban
â—ŹNurafiqah Nabila Hazhar
â—ŹMuhamad Hirzihaziq Abulae's dan
â—ŹNurfarah Ainna Hazhar

mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Yulia Arnida pada Disember tahun lalu di Tampoi.

Muhamad Firdaus dan Nurafiqah turut didakwa mencederakan dua lagi pembantu rumah, Yatina Yusnita dan Siti Hajar, pada Jun lalu di Taman Daya.

Muhamad Hirzihaziq dan Nurfarah Ainna pula didakwa atas kesalahan ugutan jenayah terhadap kedua-dua mangsa pada 12 Jun lalu di Kampung Melayu Majidee, manakala Muhamad Firdaus turut berdepan pertuduhan memiliki pasport Indonesia milik dua pembantu rumah tanpa kuasa yang sah.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Jika sabit kesalahan, pertuduhan mencederakan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagi ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 pula, hukuman boleh mencapai penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, kesalahan memiliki pasport tanpa kebenaran di bawah Akta Pasport 1966 boleh membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan semua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 2 Julai serta 23 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

📌Sumber: BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register