BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Pahang Terima 648 Permohonan Permit Jual Mercun, Bunga Api Sempena Aidilfitri

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
02bdd8a44d765b15a1550085848b299a69af9963a3e22

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman menyempurnakan gimik Peluncuran PDRM Tanjung Putra 188 (PTP 188) Fun Run & Fun Ride Tahun 2026 anjuran PDRM Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, hari ini.

Turut kelihatan Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob (kanan) dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali (kiri).


Polis Pahang menerima 648 permohonan permit penjualan bunga api dan mercun sempena sambutan Aidilfitri di seluruh negeri itu tahun ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak 627 permohonan telah diluluskan, manakala 19 ditolak dan dua lagi masih dalam proses penilaian.

“Polis turut menjalankan operasi pemantauan dan pemeriksaan ke atas penjual bunga api dan mercun bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan ditetapkan,” katanya dalam sidang media sempena majlis pelancaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tanjung Putra 188 (PTP 188) Fun Run & Fun Ride 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Yahaya berkata sebanyak empat tangkapan dan rampasan telah dibuat, membabitkan kesalahan penjualan bunga api dan mercun tanpa permit.

Beliau berkata operasi pemantauan itu akan diteruskan hingga tamat tempoh perayaan pada 26 Mac ini.

Dalam perkembangan lain, Yahaya berkata polis masih mengklasifikasikan kes lima sekeluarga yang terlibat dalam insiden pembunuhan di kawasan perumahan Cerating Damai pada 17 Feb lepas, sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Beliau berkata setakat ini polis telah merakam lima keterangan saksi termasuk ahli keluarga serta kenalan rapat mangsa bagi membantu siasatan.

“Pihak polis masih menunggu beberapa laporan daripada agensi berkaitan termasuk laporan forensik serta laporan kimia sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat,” katanya.

Sementara itu mengenai majlis hari ini, Yahaya berkata program PTP 188 Fun Run & Fun Ride 2026 akan diadakan pada 23 Mei ini di Padang MBK 1 di sini, sempena sambutan Hari Polis ke-219 dengan menyasarkan kira-kira 5,000 peserta melibatkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

 
Back
Top
Log in Register