BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Kelantan terima 383 permohonan permit jual bunga api, mercun

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Polis Kelantan terima 383 permohonan permit jual bunga api, mercun

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
A view of the sea
GAMBAR hiasan
Kota Bharu: Polis Kelantan menerima sebanyak 383 permohonan untuk mendapatkan permit menjual bunga api dan mercun sepanjang Ramadan, sehingga kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 303 permohonan sudah diluluskan.

Katanya, mereka hanya mendapat kelulusan permit berkenaan hanya dibenarkan menjual 36 jenis bunga api dan mercun yang dibenarkan sahaja.

"Setakat ini, kita menerima 383 permohonan sepanjang Ramadan dan kita sudah meluluskan 303 permohonan.

"Namun mereka hanya dibenarkan menjual 36 jenis bunga api dan mercun sahaja, mereka yang melanggar peraturan boleh dikenakan tindakan.

"Justeru, kita mengingatkan kesemua mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak mengambil kesempatan terhadap pemberian permit jualan mercun dan bunga api," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, permohonan paling banyak yang diterima adalah jajahan Kota Bharu diikuti Tumpat dan Pasir Puteh.

Disiarkan pada: March 17, 2025 @ 8:40am
 
dan semalam jugak sorang dah hancur jari akibat bermain mercun api... di negeri mana ?...
 
Back
Top
Log in Register