BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis P.Pinang Lulus 392 Permit Mercun Dan Bunga Api

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,489
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,489
Reaction score
321
Points
141
309876e35485fc60a9a9f2af6c05268c69b404db31fd8

-- Gambar hiasan

Polis Pulau Pinang telah meluluskan 392 permit penjualan bunga api dan mercun sempena sambutan Aidilfitri, setakat ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata permit berkenaan diberikan kepada peniaga yang memenuhi syarat serta mendapat kelulusan pihak polis bagi menjalankan penjualan mercun dan bunga api sempena musim perayaan.

"Sehingga kini terdapat 12 hingga 13 permohonan permit bunga api dan mercun yang masih diteliti serta dalam proses untuk kelulusan oleh pihak polis. Setakat ini juga tiada sebarang tangkapan serta tindakan terhadap peniaga yang berniaga tanpa permit.

"Pihak polis dari semasa ke semasa menjalankan operasi pemantauan dan pemeriksaan ke atas penjual bunga api dan mercun bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini

Beliau berkata operasi pemantauan itu akan diteruskan sehingga tamat perayaan Aidilfitri nanti.

Dalam perkembangan lain, Azizie berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ugutan jenayah dan khianat terhadap kenderaan dipandu penceramah bebas Zamri Vinoth pada 7 Mac lepas.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah serta Seksyen 427 kanun sama berkaitan perbuatan khianat.

Terdahulu, Zamri memuat naik rakaman video berdurasi 19 saat di Facebook yang memaparkan kenderaannya dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki sebelum beberapa lelaki lain turut datang menghampiri dan kenderaan itu kemudian dilihat melanggar motosikal berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register