BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Johor Tumpas Sindiket Syabu, Rampas Dadah Bernilai RM1.01 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
8618dca7f060dc1a0d53f77015ca57d569b904eba27f7

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad (tengah) menunjukkan antara dadah yang berjaya dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Polis Johor menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu dengan rampasan seberat 20,228 gram bernilai RM1.01 juta dalam serbuan di Taman Mount Austin di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata serbuan kira-kira 7.40 malam, 14 Mac itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hasil maklumat risikan.

Beliau berkata seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun ditahan, manakala pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang diparkir di kawasan rumah berkenaan menemukan 21 bungkusan disyaki syabu.

“Jumlah dadah yang dirampas mampu merosakkan 101,140 orang penagih yang menggunakannya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek berperanan sebagai pengedar di sekitar Johor Bahru dan sindiket itu dipercayai aktif sejak Disember tahun lepas.

Ab Rahaman berkata sindiket berkenaan menggunakan kenderaan sebagai stor penyimpanan sementara sebelum dadah diedarkan ke pasaran tempatan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif daripada sebarang jenis dadah dan direman lima hari bermula 15 hingga 19 Mac bagi membantu siasatan.

Ab Rahaman berkata semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tujuh rekod kesalahan melibatkan jenayah dan dadah, termasuk kes bunuh, pengedaran dadah, rusuhan, khianat serta kesalahan berkaitan bahan letupan dan senjata.

 
Back
Top
Log in Register