BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Buru Lelaki Pecahkan 12 Skrin Mesin ATM Di Jinjang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,512
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,512
Reaction score
1,681
Points
201


Polis buru suspek pecah 12 mesin ATM


KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian khianat memecahkan 12 skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM), di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Basri Sagoni, berkata pihaknya menerima laporan pertama pada Isnin lalu kira-kira jam 8.40 pagi daripada seorang juruteknik ATM berusia 38 tahun yang menjalankan kerja penyelenggaraan di cawangan Maybank Jinjang Selatan.


"Pada keesokan harinya, antara jam 12.24 tengah hari hingga 10.16 malam, polis menerima empat lagi laporan berkaitan kejadian sama, iaitu dua kes di cawangan Maybank Jinjang Selatan dan satu kes di cawangan RHB Bank Jinjang Utara.

"Modus operandi suspek adalah masuk ke ruang kaunter bank sebelum memecahkan skrin mesin ATM menggunakan objek disyaki batu dan melarikan diri. Setakat ini, tiada unsur jenayah lain dikenal pasti

"Jumlah kerugian dianggarkan bernilai lebih kurang RM60,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, Basri berkata pihaknya melancarkan operasi khas bagi mengesan dan menahan suspek.

Buat masa ini, Basri berkata suspek dipercayai seorang lelaki yang belum dikenal pasti, berketinggian kira-kira 165 sentimeter, berbadan sederhana dan berkulit cerah.

"Ketika kejadian, suspek memakai kemeja lengan pendek berwarna kelabu, seluar panjang, selipar hitam serta topi keledar biru.

Suspek dipercayai menaiki motosikal jenis Honda Wave berwarna biru dengan nombor pendaftaran yang masih belum dikenal pasti.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang menyebabkan kerosakan harta benda.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel : Berita Harian
 
acc6756dfc2aa1a341f1110fec3ca92b6995607a8c20b


Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam siri kes khianat memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di beberapa cawangan bank di sekitar Jinjang melibatkan kerugian dianggarkan RM64,000.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Basri Sagoni berkata setakat semalam, sebanyak 12 skrin mesin ATM telah dipecahkan dan lima laporan polis diterima berhubung kejadian itu yang berlaku di cawangan sebuah bank di Jinjang Selatan serta dua bank di Jinjang Utara.

Beliau berkata kejadian pertama dilaporkan pada 16 Feb lepas oleh seorang juruteknik bank selepas mendapati empat skrin mesin ATM retak semasa menjalankan kerja penyelenggaraan.

“Pada 17 Feb antara 12.24 tengah hari hingga 10.16 malam, pihak polis turut menerima empat lagi laporan polis berkaitan kejadian khianat pecahkan skrin mesin ATM, dengan dua kes di cawangan sebuah bank di Jinjang Selatan manakala masing-masing satu kes di dua bank berasingan di Jinjang Utara.

"Modus operandi suspek adalah dengan masuk ke dalam ruang kaunter bank dan terus memecahkan skrin mesin ATM menggunakan objek disyaki batu sebelum melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Basri berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek merupakan seorang lelaki berkulit cerah dengan ketinggian kira-kira 165 sentimeter serta berbadan sederhana.

"Semasa kejadian, suspek dilihat memakai kemeja lengan pendek kelabu, berseluar panjang, berselipar hitam serta memakai topi keledar berwarna biru dan menaiki motosikal jenis Honda Wave berwarna biru," katanya.

Beliau berkata tiada unsur jenayah lain seperti cubaan samun dikesan, dengan kesemua kes kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul melalui talian 03-40482222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 
e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Polis menahan seorang lelaki warga emas dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di beberapa cawangan bank di sekitar Jinjang di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Basri Sagoni berkata suspek warga tempatan berusia 65 tahun itu ditahan pada 3.21 petang tadi dan polis merampas sebuah motosikal, sebuah topi keledar, pakaian dan seketul batu yang digunakan dalam jenayah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek memecahkan skrin mesin berkenaan menggunakan objek batu kerana tidak berpuas hati selepas gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dengan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan lima kes khianat pecah skrin mesin ATM yang dilaporkan sebelum ini.

Basri berkata siasatan lanjut diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki disyaki terlibat dalam siri kes khianat memecahkan beberapa mesin ATM di sekitar Jinjang dengan anggaran kerugian RM64,000.

 
Back
Top
Log in Register