combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Polis Buru Dua Lelaki Larikan Diri Dari PUSPEN Dengkil
Dua penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, Selangor melarikan diri dari pusat berkenaan hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Mior Mohd Nor Azuan Alias berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dua lelaki melarikan diri dari pusat itu pada 8.40 pagi.
“Pihak polis sedang menjalankan usaha mengesan kedua-dua lelaki berkenaan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan berkaitan kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kedua-dua individu itu menyalurkan kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang melalui talian 03-87774222.
Terdahulu, tular pemakluman dan hebahan keselamatan mengenai kejadian dua penghuni PUSPEN Dengkil yang melarikan diri dari pusat itu dipercayai dengan menggunakan sebuah kenderaan curi.