BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Buru Dua Lelaki Larikan Diri Dari PUSPEN Dengkil

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Buru Dua Lelaki Larikan Diri Dari PUSPEN Dengkil​

7f32548905c2e0cccf899520fc91da3a60ea9d9e093c9


Dua penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, Selangor melarikan diri dari pusat berkenaan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Mior Mohd Nor Azuan Alias berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dua lelaki melarikan diri dari pusat itu pada 8.40 pagi.

“Pihak polis sedang menjalankan usaha mengesan kedua-dua lelaki berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan berkaitan kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kedua-dua individu itu menyalurkan kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang melalui talian 03-87774222.

Terdahulu, tular pemakluman dan hebahan keselamatan mengenai kejadian dua penghuni PUSPEN Dengkil yang melarikan diri dari pusat itu dipercayai dengan menggunakan sebuah kenderaan curi.

 
14304829903694645-421273.jpg

14304829903694645-421274.jpg


Dua penghuni PUSPEN Dengkil lolos ditangkap semula

SEPANG: Dua penghuni yang melarikan diri daripada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil baru-baru ini berjaya ditangkap semula.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh memaklumkan kedua-dua lelaki terbabit berjaya ditahan secara berasingan pada Jumaat dan Sabtu.

“Kedua-duanya dibawa ke Puspen Dengkil semula dan dalam masa terdekat mereka akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan perundangan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, hantaran dan gambar dua lelaki dipercayai tahanan Puspen Dengkil didakwa melarikan diri dikongsikan tular di media sosial.

Hantaran berkenaan memaklumkan, kedua-dua individu itu dipercayai melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan curi Nissan Frontier bernombor pendaftaran WMK 1809.


Artikel ➡️ Buletin TV3
 
Back
Top
Log in Register