BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis buru empat suspek tetak lelaki dengan parang di Bera

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
670a701b89bf40e691bb5fdb7652200969cbe9b86a1df


Polis sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang individu menggunakan parang di sebuah kedai di Jalan Besar Mengkuang, Triang, Bera.

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian melibatkan mangsa lelaki berusia 35 tahun itu pada 12.46 tengah malam semalam.

“Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira 9 malam Ahad lepas itu mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Temerloh untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kesemua suspek lelaki yang berumur antara 27 hingga 39 tahun dipercayai telah melarikan diri menggunakan sebuah kereta selepas kejadian berkenaan.

Katanya, kesemua suspek mempunyai rekod lampau sama ada melibatkan kes jenayah atau dadah dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Insp Muhamad Zulhilmi Ishak melalui talian 014-2250306 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, 09-250 8222.

 
puak celaka nie lagiii?tangkap jgn hidup laa bodohhhhhhhhhh
 
mangsa kompem org asli nama takder...
 
Bangsa ganas beb........natural memang ganas gila......kenapa lah datuk nenek moyang melayu dulu terima datuk nenek moyang dorang ye??? Tak buat due diligence ke?

Sedangkan ikan dari negara asing pun mampu pupuskan ikan dalan sungai Malaysia, so, samalah konsepnya kan....huhuhu
 

14200186258274781-386404.jpg

14200186258274781-386405.jpg


Polis buru empat suspek tetak lelaki dengan parang di Bera


KUANTAN – Empat suspek diburu polis kerana disyaki terbabit kes tetak seorang lelaki menggunakan parang sehingga mengakibatkan kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, Kejadian dilaporkan berlaku di kedai minum Ming Wang Kopitiam di Triang, Bera kira-kira jam 9.16 malam pada 29 Mac lepas.

“Kesemua suspek dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu dengan menaiki sebuah kereta.


“Mangsa masih belum sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zulkiflee, keempat-empat suspek berusia lingkungan umur 27 hingg 39 tahun telah dikenalpasti dan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan meminta keempat-empat suspek untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera atau mana-mana balai polis berhampiran bagi tujuan membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Insp Muhamad Zulhilmi bin Ishak di talian (014-2250306) atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah Bera (09-250 8222),” katanya.

Artikel : MalaysiaGazette
 
386386-386386.jpg


KES TETAK PARANG DI BERA: POLIS MINTA EMPAT SUSPEK MENYERAH DIRI


Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir, menyeru semua suspek yang berusia antara 27 hingga 39 tahun itu untuk menyerah diri di IPD Bera. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata berbahaya.
 
buat ape minta serah diri?buat semak negara...kasi lupus terus...jgn buat keje bodoh...
 
Back
Top
Log in Register