BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis buru ahli Geng 08

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
geng_08_pix_1565866128.jpg

AHLI geng 08 yang diburu polis. FOTO IHSAN PDRM






DUA ahli kongsi gelap 08 diburu polis selepas terbabit dalam rusuhan bersenjata berhampiran sebuah kuil di Sungai Darah, Bestari Jaya, Kuala Selangor, 4 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kedua-dua suspek dikehendaki adalah V Willbert, 41, dan S Sureshkumar, 39.

Menurutnya, kedua-dua mereka beralamat di Batang Berjuntai, Kuala Selangor dipercayai terbabit dalam rusuhan pada malam berkenaan.

“Dua suspek ini dipercayai melepaskan dua tembakan ketika rusuhan berlaku dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai mereka diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam, hari ini.

Huzir berkata, siasatan polis mendapati perarakan Chariot (pedati berhias) bermula dari sebuah kuil di daerah itu menuju ke Rawang dan berhenti di Sungai Darah sebelum berlakunya rusuhan.

“Rusuhan berlaku membabitkan 15 ahli Geng 21 yang menguasai sekitar Sungai Darah dan 15 ahli Geng 08 dan 36 dari luar daerah berkenaan.

“Tiga anggota polis bertugas di kawasan itu diserang menggunakan parang menyebabkan salah seorang mereka berusia 34 tahun dari Balai Polis Bestari Jaya menerima tujuh jahitan susulan cedera di belakang tapak tangan kiri,” katanya.

Katanya, sebelum rusuhan, polis berpangkat koperal diugut dan diberikan amaran salah satu geng kongsi gelap supaya berhati-hati kerana kehadirannya dipercayai mendatangkan masalah.

“Susulan kejadian itu, seramai 33 individu berusia 18 hingga 54 tahun ditahan dengan tujuh daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

“Punca kejadian akibat tapak khemah yang didirikan bertentangan antara satu sama lain,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 326 akta sama kerana mengakibatkan kecederaan parah.

Harian Metro sebelum ini melaporkan anggota polis dan seorang lagi orang awam cedera dengan sebahagian tapak tangan kirinya putus dalam kejadian rusuhan kira-kira jam 9.15 malam itu.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/486333/polis-buru-ahli-geng-08







.
 
Sorang tu muka pun macam hero tamil.
Mesti terlebih tengok filem tamil ni.
 
Sorang tu muka pun macam hero tamil.
Mesti terlebih tengok filem tamil ni.

Malaysia ni byk sgt kuil.. bersepah2.. arini nmpk busut or akar pokok , sok jd tmpt pemujaan...... bersepah2.. depan kuil ada kuil... tanah org ke tanah kerajaan ke tanah rizab ke main bedal jer dorg nih..
 
pergaduhan antara geng matematik ni... 21 08 36 #:-S
nk tunjuk siapa lebih berkuasa la tu...

kawasan bestari jaya ni patut ada lebih balai polis..
gerun lalu malam kawasan ladang sawit situ..
 
Last edited:
Malaysia ni byk sgt kuil.. bersepah2.. arini nmpk busut or akar pokok , sok jd tmpt pemujaan...... bersepah2.. depan kuil ada kuil... tanah org ke tanah kerajaan ke tanah rizab ke main bedal jer dorg nih..

apa kaitan tempat berhala dengan pergaduhan ni, saya memang xsokong benda2 macam ni bila berlaku ditempat beribadat, harap dikutip segera ..

macam ni bro, walaupun saya Hindu saya tak galakkan pembinaan kuil sesukahati, macam bro cakap tu .. mengikut ajaran Hindu, tempat berhala kena ada aura positif dimana seperti kiblat ikut arah Ka'abah, orang yang suka2 bukat kuil ke tempat berhala (termasuk Cina) harus dikenakan tindakan tegas, lain citer (kuil Seafield) sebab tu memang ada aura positif dan wujud 100+ tahun dahulu .. masalah tu sebab tanah dan pemilikan (maaf off-topik)

benda2 ni harus kena pandang serious sebab melibatkan agama ..

pasal pergaduhan tu saya dah periksa dengan rakan saya kat BB, itu hal orang lama terjumpa dengan suspek kes gaduh lampau .. so, jangan libatkan dua isu yang tiada berkaitan

:)
 
Back
Top
Log in Register