ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Anggota Balai Polis Johor Jaya bergotong-royong membersihkan kediaman mangsa kebakaran yang berlaku 4 April lalu.
JOHOR BAHRU - Meskipun tanggungjawab utama menjaga keamanan dan keselamatan negara, namun polis turut turun padang mendekati masyarakat melalui Community Policing.
Ketua Polis Balai Johor Jaya, Inspektor Mohamaden Bujang berkata, 20 anggotanya bergotong-royong membersihkan rumah mangsa kebakaran di Kampung Rumah 10 Plentong, di sini, 4 April lalu.
Menurutnya, usaha itu diharap dapat membantu meringankan beban mangsa, Jamil Mustapha, 56, bersama keluarga.
"Lebih kurang dua jam saya bersama anggota bergotong-royong membersihkan kediaman mangsa yang musnah dalam kebakaran itu.
"Usaha ini sebenarnya sebagai langkah yang dilakukan Balai Polis Johor Jaya untuk mendekati masyarakat, selain dijalankan sempena sambutan Hari Polis ke-208," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Mohamaden berkata, usaha sebegini juga diharap mampu menarik penglibatan masyarakat dalam usaha membanteras jenayah di kawasan sekitar.
"Kita mahu menarik kerjasama masyarakat untuk turut serta memainkan peranan dalam usaha pihak polis membanteras kegiatan jenayah yang berlaku dalam masyarakat," katanya.