BTC USD 84,504.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis akan panggil TMJ

brutuse

Fun Poster
Messages
431
Joined
Jan 13, 2014
Messages
431
Reaction score
3
Points
15
Polis akan memanggil Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi merakamkan percakapannya berhubung insiden kekecohan perlawanan bola sepak antara pasukan T-Team dan Johor Daru Ta'azim (JDT), 1 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, TMJ antara beberapa individu yang akan dipanggil berhubung insiden di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin itu.

"Kita akan rakam percakapan beberapa individu terlebih dahulu sebelum rakam percakapan TMJ," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demeikian selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan kepada Pengguna Jalan Raya Berhemah dan Kontinjen Daerah/Terbaik Ops Selamat 4/2014 di KL Sentral, semalam.

Kekecohan perlawanan yang dinamakan 'insiden terowong Larkin' itu berlaku apabila pemain import T-Team, Evaldo Rodriguez dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagiazzo mendakwa dikasari di terowong menuju ke bilik persalinan itu selepas tamat separuh masa pertama perlawanan.

T-Team membuat laporan polis berhubung insiden itu pada keesokan hari selepas pulang ke Terengganu sementara Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berbuat demikian kemudiannya.
 

Attachments

  • 76 KB Views: 337
  • 259.7 KB Views: 214
Ada beran ke..

Xpasal2 kene lempang kang..
 
kalau dah negro tu kuang ajar tunjuk f*ck memang patut lah kena sebat..ini malaysia..dia ingat negara dia agaknya nak buat macam tu..
 
sebenarnya polis boleh tangkap...
tetapi menjadi masaalah rakyatnya mampu terima ke..? belum lagi si tukang cucuk atau si batu api...

p/s: baru baring melintang dilaluan raja pun masyarakt kira sbgai penderhaka inikan pula nk tangkap anak raja..?
 
kalau ikut akal ..

- watpe TMJ nak susah2 gi tmbuk , padahal dia bole je arah org dia
- dia mesti tau ada bnyk camera, perlu ke dia nk buat drama
- oh lupa , ini smua tntng JDT khususnya dan tentang Johor amnya..
 
setakat panggil dan rakam aje le:D:p:p:-?
 
sebenarnya polis boleh tangkap...
tetapi menjadi masaalah rakyatnya mampu terima ke..? belum lagi si tukang cucuk atau si batu api...

p/s: baru baring melintang dilaluan raja pun masyarakt kira sbgai penderhaka inikan pula nk tangkap anak raja..?[/QUOT


tahap sekarang rakyat dah terlalu memuja...

kalau ikut logik ..eh akal.. kenapa nak maki pengadil...boleh suruh org pi maki pengadil apa ....hantar wakil...:eek::eek:
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register