BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FAM perlu berubah - TMJ

karchis

Active Member
Messages
2,386
Joined
Oct 26, 2010
Messages
2,386
Reaction score
19
Points
25
FAM perlu berubah!

xpix_gal0.pagespeed.ic.aRkI-VsOUi.jpg


Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Mutu bola sepak negara perlu diberi keutamaan

Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan berdasarkan keadaan semasa dalam Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mutu bola sepak negara tidak akan berubah.

Beliau berkata demikian kerana FAM dilihat gagal memberi layanan adil kepada gabungan, tidak membenarkan persatuan dan individu menyuarakan pendapat, selain membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya.
FAM juga lebih gemar mengundang pasukan luar seperti Chelsea untuk beraksi di negara ini tetapi mengabaikan pembangunan bakat baru daripada kalangan belia dan hal-hal kritikal berkaitan bola sepak negara.


“Mungkin 20 tahun daripada sekarang pun, kita akan menghadapi kemelut yang sama jika keadaan semasa ini tidak diperbaiki,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebagai contoh, katanya ketika beliau dikenakan tindakan penggantungan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), beliau dimaklumkan tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang.

Beliau berkata, segala hukuman dikatakan akan dijatuhkan oleh Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM.

Bagaimanapun, katanya dalam kes Pahang menentang Johor Darul Takzim (DT) ketika aksi separuh akhir Piala FA, hukuman dijatuhkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.
“Kita juga tidak diberikan ruang membuat sebarang rayuan atas denda itu. Pada saya, ia bukanlah soal kewangan, tetapi soal keadilan dalam layanan terhadap persatuan bola sepak.

“Ini jelas menunjukkan bahawa FAM boleh membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya,” kata Tunku Ismail.

sumber : Bharian
 
Apa2 kenyataan yg kondem fam,

Akan aku sokong
 
Bolasepak Malaysia?? :))
 
kalo x kondem fam dr sekarang...bile lagi fam nak brubah wajah...sokong tmj dlm hal ni...
 
mmg sokong...slagi tak berubah selagi tu la bola sepak kita takat tu je la...
 
sokong 100%..
ubah FAM, ini kali lah..
 
kecik ati pulak la orang tua tu...
 
TMJ kesal ke atas FAM kerana PBNJ masih belum menerima RM15000 hasil daripada hak penyiaran siaran lansung sebagai tuan rumah

" Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan pendapatan daripada siaran langsung perlawanan bola sepak oleh Astro. Saya dimaklumkan bahawa untuk setiap perlawanan yang ditayangkan secara langsung di televisyen, persatuan bola sepak tuan rumah akan menerima RM15,000. Sehingga kini, saya masih belum melihat satu sen pun daripada hasil tersebut," titah TMJ
 
Back
Top
Log in Register