BTC USD 83,098.5 Gold USD 4,190.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FAM perlu buat rombakan menyeluruh

joe_kacak jugak

Active+ Member
Messages
4,870
Joined
Dec 30, 2011
Messages
4,870
Reaction score
108
Points
33
Buat rombakan menyeluruh

su_01.1.jpg




KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong mahukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melihat semula secara menyeluruh faktor kekalahan teruk skuad kebangsaan 0-5 kepada kelab Jepun, Shonan Bellmare dan bukan semata-mata menuding jari kepada ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal.

Beliau berkata, kekalahan besar walaupun dalam satu perlawanan persahabatan tetap dianggap mengaibkan apatah lagi kepada sebuah kelab kedua tercorot Divisyen Satu Liga J itu yang menuntut banyak tindakan drastik perlu diambil bagi mengelakkannya daripada menjadi lebih parah.

"Bukan jurulatih sahaja yang perlu jadi perhatian FAM (ekoran kekalahan teruk selain 2-0 kepada Shimizu Pulse, Khamis lalu) kerana sebelum ini kita ada jurulatih luar negara yang hebat macam Hatem Souissi, Claude Le Roy dan Alan Harris pun, pasukan bola sepak kita masih tidak ke mana.

"Pakar-pakar di FAM itu kena tengok juga adakah corak latihan buat pemain yang menjadi faktornya, adakah puncanya juga daripada kualiti Liga M kita, sejauh mana kesan kepada prestasi pemain tempatan apabila bergandingan dengan penyerang import yang sepatutnya mampu membantu meninggikan mutu permainan mereka.

Zolkples mengulas prestasi terbaharu anak buah Rajagobal, Sabtu lalu sepanjang siri jelajah persahabatan di Jepun yang menghimpunkan kekalahan kesembilan selain menang dua dan satu seri daripada 12 perlawanan yang diharungi mereka sepanjang tahun ini.

"Bagi saya kalah sampai 5-0 kepada pasukan kebangsaan Jepun pun, masih satu keaiban inikan pula apabila kalah sebegitu dengan sebuah kelab kedua tercorot Divisyen Satu Liga J. FAM pun kena tengok bagaimana liga negara itu yang turut mengimport pemain asing, mampu melahirkan sebuah kelab yang sebegitu tinggi tarafnya.

"Mereka pernah mendapat khidmat pemain import yang berkualiti macam Gary Lineker dan Roberto Carlos dan hasilnya di mana Jepun sekarang? Liga atau pasukan negara kita, asyik-asyik tengok pemain kita takut simpan dan kawal bola, terus hantar tinggi, kemudian patah balik dan harapkan kawan buat kerjanya sebab dia yang takut buat silap," katanya.

Siri jelajah ke Jepun itu berupa pemanas badan skuad negara menjelang perlawanan persahabatan menentang gergasi La Liga Sepanyol, Barcelona pada 10 Ogos ini dan menghadapi Bahrain dalam aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015, 15 Oktober.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130730/su_01/Buat-rombakan-menyeluruh#ixzz2aU5DBVCk
© Utusan Melayu (M) Bhd

joe-->tak phm2 lagi tatau lah#:-S
 
salah tetap dibahu ketua jurulatih... RG tetap perlu diganti...
rombak tetap kena rombak..

kena pandang kata2 jose mourinho tempoh ari..


p/s kita ada tak akademi tektikal n skill di FAM n pasukan negeri? terkenang plak video falcao berkunjung ke Manchester City dlu kat youtube. leh search sendiri video. skill player pn depa titik beratkan
 
kalo nk rombak..sila rombak dari atas tuh..

sultan bola sila letak jawatan!..
 
ckp byk pun x guna bulan pose nie
kalu dah mentaliti x boleh ditegur..wat pekak badah jer laa

kecuali King Gopal ambil rasa tanggungjawab..sukarela letak jawatan..
tp tgk ko muko..mcm x tau malu jer..
syg nak tinggal jawatan..gaji puluh2 ribu tu..
 
memasng silap taktik, dalam banyak2 bulan pi buat friendly banyak2 bulan posa apa barang.......
paham la nak lawan Barca, tapi guna la a-k-a-i sket.
 
Status Datuk K Rajagobal selaku ketua jurulatih kebangsaan dijangka dibincangkan, Khamis ini apabila Jawatankuasa Tetap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersidang.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin, mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan serta Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa antara lain akan turut membincangkan kedudukan pengendali berkenaan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.
 
penah ke roberto carlos main kat jepun? main petik je utusan ni...
aku ingat dgn shimizu 5 - 0, rupa2nye kelab lain...memang patut kena sound pun....

p/s: claude le roy lepas kena sack ngan malaysia, berjaya bawak team benua africa masuk world cup, tak ingat team ape
 
Back
Top
Log in Register