BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pablo Aimar jumpa TMJ

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Aimar (kanan) menandatangani poster tertera gambarnya.


PEMAIN Benfica, Pablo Aimar yang pernah menggemparkan sukan bola sepak tanah air apabila disebut-sebut bakal disunting oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) muncul di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru, kelmarin, lapor MOHD FIRDAUS YON.

Kehadiran Aimar yang berusia 33 tahun disambut sekumpulan penyokong skuad Harimau Selatan selain pekerja hotel berkenaan.

Pemain yang pernah beraksi untuk skuad kebangsaan Argentina itu difahamkan sudah beberapa hari berada di Singapura dan berkunjung ke negeri ini bagi memenuhi jemputan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pertemuan lebih sejam Aimar bersama Tunku Ismail dikatakan hanya berkisar mengenai negeri ini selain mengundang pemain yang berasal dari Rio Cuarto, Argentina itu untuk mengenali Johor lebih dekat pada masa akan datang.

Bagaimanapun difahamkan, pada pertemuan itu tiada perbincangan tentang pembelian pemain tersebut menyertai Johor Darul Takzim (JDT) dibangkitkan.

Aimar pernah beraksi di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin ketika mewakili Argentina pada Piala Remaja Dunia Fifa 1997.

Pada kejohanan itu, Argentina muncul juara.
 
wahh.. jdt nk smbr pablo aimar pulak. xmenang lg xtau la
 
nk join johor ke.....brp tmj sanggup perabih duit demi sebuah piala tu.....:D
 
TMJ ni banyak giler duitnye. setakat pablo aimar tu tak payah pecah tabung pon boleh bayar
 
Back
Top
Log in Register