TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik balik keputusan meletak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta merta.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah mengumumkan keputusan itu pada sidang media selepas Tunku Ismail berkunjung ke Istana Pahang, semalam.
Turut hadir pada pertemuan hampir sejam itu ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Sultan Ahmad Shah berkata, keputusan itu dibuat Tunku Ismail selepas dipujuknya selain turut mendapat restu Sultan Ibrahim.
“Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana harapan saya menjadi kenyataan, Tunku Mahkota Johor akan kembali sebagai Presiden PBNJ dan saya telah menasihatkan (Tunku Ismail) supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan bola sepak di Johor,” katanya.
Sultan Ahmad Shah bagaimanapun menegaskan, Tunku Ismail tetap akan menjalani hukuman penggantungan dan denda diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM sebelum ini.
“Sekali anda memutuskan untuk menjadi anggota persatuan, kita tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan persatuan dan tiada siapa boleh melarikan diri daripada undang-undang yang telah termaktub bertahun-tahun,” ujar beliau.
Sultan Ahmad Shah turut gembira dengan pencapaian diraih dua pasukan di bawah PBNJ iaitu Johor Darul Takzim (Liga Super) dan Johor FA (Liga Perdana) sejak Tunku Ismail menjadi Presiden PBNJ.
Tunku Ismail sebelum ini digantung enam bulan dan denda RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga M dan hukuman itu berkuat kuasa sejak 8 Mac lalu.
Beliau turut dipalit kontroversi selepas didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor DT menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 30 Mac ketika hukuman masih berkuat kuasa.
Pada 3 April, Tunku Ismail membuat keputusan meletak jawatan selaku Presiden PBNJ.
Beliau dikatakan berbuat demikian kerana mahu menumpukan tugas selaku TMJ dan tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.
Tunku Ismail turut mengumumkan akan menjadi penaung PBNJ manakala jawatan Presiden PBNJ akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Obet Tawil.