afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,226
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,226
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Pokok tepi jalan raya tanggungjawab PBT, kata Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Ahmad Maslan kata JKR sedia bekerjasama dengan PBT berhubung masalah pokok di jalan persekutuan. (Gambar Bernama)
Beliau menerangkan perkara tersebut termaktub dalam Seksyen 101(b) Akta Kerajaan Tempatan yang memperuntukkan kuasa kepada PBT untuk menanam, memangkas atau membuang pokok.
“Seksyen 101(b) tersebut terpakai untuk mana-mana pokok yang berada di kawasan PBT,” katanya lapor Kosmo.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, dilaporkan menggesa JKR dan syarikat konsesi penyelenggaraan memperkukuh kerjasama dengan pakar bertauliah bagi melaksanakan penilaian teknikal berkala terhadap pokok matang dan cerun di sepanjang jalan persekutuan, susulan kejadian pokok tumbang yang meragut nyawa empat sekeluarga di Laluan FT68 Jalan Lama Bentong–Kuala Lumpur, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, Ketua Pemuda Umno Maran, Edy Radzi bersama isteri, anak serta adik iparnya maut selepas kenderaan mereka dihempap pokok.
Ahmad merujuk keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu yang memerintahkan Majlis Bandaraya Seremban membayar pampasan kepada seorang individu, Iqmal Izzudeen, selepas dihempap pokok tumbang sebagai implikasi undang-undang berhubung isu penyelenggaraan pokok oleh PBT.
Bagaimanapun, Ahmad beri jaminan Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama syarikat konsesi sentiasa bersedia bekerjasama dengan PBT berhubung masalah pokok di jalan persekutuan.
