BTC USD 84,415.0 Gold USD 4,153.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pokok Durian: Jadi Isukah?

ooo br tahu..nk tau cengkaman btg tu kuat dh kukuh kena tgk akar pokok duriannya..tp den xde pokok durian :D:D
 
Pandangan saya, TT hanya melihat persoalan sekiranya pokok tu tumbang.
TT tak melihat bahagian pokok sekah ke atau dahan patah.
Kalau terlalu hampir tu..elok la prune je.
Better safe than sorry.
 
jgn tebang tt,syg weeeehh akar da 20-25 tahun tuuuu...

akar dah serasi dgn tanah,akar dah pandai menjalar cari lubuk air,kompom x mati tu kalo kemarau panjang..

aku ada tgk dulu ada org tebang sket pokok durian,utk kasi pokok tu rendang/rendah,mmg menjadi la,tapi makan masa ugak 5-8tahun utk kasi pokok tu rendang dan potong dahan2 yg agak panjang..

serius skrg pokok tu dah rendang,dahan smue rendah2,buah durian dye aku rasa blh petik gune tgn weeeh,kalo lalu bawah pokok durian tu kalo buah blm gugur pn bau dye mmg sedap menusuk kalbu...

petik buah durian..??
 
Tajam sungguh mata tuan..den tak nampak perkataan jiran pun dalam ulasan tt tu..yang batang saya mencengkam tu den perasan la...:eek:

Apa masalahnya ya, bincang jer dgn jiran tu.. Mana buah yg jatuh kat jiran tu Kira jiran punya la.. Kalu aku jadi jiran mmg x bagi tebang
 
"batang mencekam"?
Eh! Kenapa tidak? Boleh kaji baaah... He he��
 
Last edited:
kalau tinggi2 mase bah bnyak boleh patah dahan. kalau musim hujan boleh tumbang jgak.potong je bhgn ats bg rendah skit bg dia rendang.
 
Dikeliling rumah baru saya terdapat dalam 15-20 pokok durian yang ditanam 20-25 tahun dahulu. Ketinggian 25 kaki keatas. Beberapa pokok memang tersangat hampir dengan rumah hingga buahnya jatuh tepat di beranda. Namun, tanah di sini keras dan masih berbatu. Paras Air Tanah (Ground Water Level) amat cetek sekali. Jadi, pada kefahaman saya pokok-pokok durian ini berakar tunjang yang menembusi tanah dengan dalam, akarnya mencekam tanah keras dan batu - dengan erti kata lain cengkaman batang saya kira kukuh dan kuat. Pokok, insya-Allah tidak akan tercabut dari akarnya; batangnya akan buruk dari pucuk ke bawah. Ini, berbeza dengan pokok-pokok yang ditanam di tanah lembut seperti tanah gambut.

Di atas adalah pendapat dan pandangan saya. Bagaimana pula pandangan dan boleh jadi (lebih relevan) pengalaman anda? Minta pertolongan anda dalam buat keputusan - sama ada nak ditebang atau dibiar begitu saja pokok-pokok durian tersebut. Masih berbuah dengan banyak. Buahnya sedap. Ianya juga boleh memberi naungan dari matahari. Dan satu suasana dan pandangan dalam hutan atau kebun yang kami suami isteri dan anak-anak gemari. T kasih

kalau bagi kebaikan saya rasa biarkan je.
 
Back
Top
Log in Register