Nostalgia motor RXZ sudah jadi barang antik..

Recommended Brokers


matabulat

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2016
Messages
2,559
Reaction score
640
Points
71
Salam warga CG, saja bukak thread ini teringat kisah muda remaja student dlu minat main motor tapi takde la sampai jadi mat rempit.:D Baru petang tadi, ada orang mintak kt aku jual motor RXZ lama yang tersadai depan umah aku. Mintak sampai 8k.. terkejut aku, kenapa mintak sampai harga macam tu dia kata barang antik. blok y2 pyh nk jumpa dh kata dia. tapi aku tak jual syg. biar la mereput sekali pn aku tak jual.kuikui... pape pn aku bangga mtor yg aku beli 2k tu masih ada nilai tp tak boleh dibeli nilai jasa dia kt aku.:)
 
Last edited:
Sponsored Post

selambeyaya

Super Active Member
Joined
Mar 29, 2008
Messages
5,101
Reaction score
13
Points
65
Bro kalau takde hal boleh upload gambar rxz reput kat sini.
 

LORDZ666

Active+ Member
Joined
Apr 26, 2007
Messages
3,673
Reaction score
5
Points
25
apa nk hairan...moto tahun 1996 orang 10k.
 

Breekachu

Super Active Member
Joined
Dec 15, 2012
Messages
6,287
Reaction score
134
Points
73
Mat rempit sendiri yg bg naik harga. Hobi dorang kan mahal. Puuiii
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,634
Reaction score
20,703
Points
1,661
8 tahun tidur dengan Yamaha RXZ dalam bilik bimbang dicuri
http://www.youtube.com/watch?v=AO1SdWZPrtI

HM Viral mengenai peminat motosikal Yamaha RXZ.



Harith Nurshidi (kanan), Hilmi (dua dari kanan) bersama peminat motor Yamaha RXZ di Dataran Shah Alam.

Shah Alam: Sebut saja RXZ, motosikal itu kini menjadi buruan sehingga harga ditawarkan ‘luar biasa’ menjangkau RM10,000 berbanding harga asalnya yang lebih rendah daripada itu.

Ditambah dengan aksesori rim GTO atau AR, harganya pasti melambung.

Tidak keterlaluan dikatakan pada masa kini, pemilik motosikal itu boleh berbangga memiliki motosikal yang sering disebut sebagai legenda sepanjang zaman.

Justeru, dek kerana RXZ begitu istimewa, selain terlalu sayang dan risau dicuri, pemilik motosikal Yamaha RXZ Mohd Hilmi Mohd Isli, 27, sanggup tidur bersama dengan motosikal kesayangan di dalam biliknya di Meru, Klang, sejak lapan tahun lalu.

“Celik mata, saya mesti tengok motosikal saya terlebih dulu sebab itu saya sanggup menyimpannya di dalam bilik,” katanya.

Menurut Hilmi, dia menghabiskan ribuan ringgit untuk memastikan motosikalnya kekal seperti baru.

“Barang gantian motosikal ini sukar diperoleh menyebabkan kos menyelenggara motosikal ini sangat tinggi.

“Misalnya seperti badan motosikal itu kosnya mencecah RM15,000,” katanya.

Menurut Hilmi, motosikal ini dianggap ‘vintage’ kerana ia legenda sepanjang zaman.

“Motosikal ini unik, jimat minyak, tetapi kelajuan boleh diubah suai sehingga 240 kilometer sejam.

“Setiap tahun kumpulan kami Harshaw Nysofact mengadakan konvoi membabitkan penyertaan 50 hingga 70 motosikal,” katanya.

Menurut Hilmi, pernah satu ketika seorang daripada rakannya dikepung sekumpulan lelaki yang ingin melarikan motosikal itu.

“Rakan kami tertinggal di belakang, tiba-tiba sekumpulan lelaki bermotosikal mengepungnya sebelum melarikan motosikal RXZ Catalyzer yang bernilai lebih RM15,000,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemilik RXZ, Harith Nurshidi Kamarol Bahri, 28, berkata, dia generasi kelima yang memiliki RZX jenis Bosh.

“Pelbagai jenis RXZ yang digilai penggemar motosikal seperti saya antaranya Catalyzer, Millenium, Energy, 5 Speed dan Bosh.

“Saya kini memiliki RXZ Bosch keluaran tahun 1992 yang diwarisi daripada datuk saya. Motosikal ini diturunkan dari generasi ke generasi menyebabkan saya lebih menghargai peninggalan ini.

“Harga pasaran motosikal ini boleh mencecah hingga RM20,000. Kadangkala motosikal lama ini sering meragam (rosak), tetapi ia perkara biasa dan saya tidak pernah mengeluh untuk membaiki,” katanya .

Menurut Harith, dia pernah ditawarkan RM20,000 jika bersetuju menjual motosikalnya.

“Ramai yang bertanya sama ada saya mahu jual motosikal kesayangan saya ini. Bukan sedikit jumlah wang yang ditawarkan, malah boleh membeli ‘super bike’.

“Biarpun ditawarkan harga tinggi tetapi motosikal kesayangan turun temurun ini akan sentiasa saya jaga dan mungkin diwarisi anak saya,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/node/154624
 

matabulat

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2016
Messages
2,559
Reaction score
640
Points
71
Mat rempit sendiri yg bg naik harga. Hobi dorang kan mahal. Puuiii
jgn ludah2 bro.. hobi tetap hobi, yg jd jahat nk merempit tu diri sendri pny hal. org yg salah phm, bkn semua org naik motor rxz kaki rempit... aku student dlu sbb senang naik atas highway jln jauh.xpenah la nk join kaki2 race ni..
 

peja510

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2009
Messages
7,874
Reaction score
39
Points
80
mmg besh rxz ni
mcm bwk superbike je position dia.xmemenatkan utk jalan jauh.myk jimat.2t biasa2 je.laju pun laju la untk yg kategori dengannya.layan lap pun besh.dlu spare part murah bangat
 

damaiG

Active+ Member
Joined
Jul 14, 2011
Messages
3,053
Reaction score
33
Points
40
Salam warga CG, saja bukan thread ini teringat kisah muda remaja student dlu minat main motor tapi takde la sampai jadi mat rempit.:D Baru petang tadi, ada orang mintak kt aku jual motor RXZ lama yang tersadai depan umah aku. Mintak sampai 8k.. terkejut aku, kenapa mintak sampai harga macam tu dia kata barang antik. blok y2 pyh nk jumpa dh kata dia. tapi aku tak jual syg. biar la mereput sekali pn aku tak jual.kuikui... pape pn aku bangga mtor yg aku beli 2k tu masih ada nilai tp tak boleh dibeli nilai jasa dia kt aku.:)
den tabik dgn tt ada lagi rxz ni. tp lagi syg klu tt sadai mcm tu je xda nak baiki apa2. den sendiri ada rxz ni zaman belajar dulu mmg tau mcm mana nikmat dia. den sajes tt restore sikit2 motor tu. simpan sebulan 100-150 utk kos baiki 4 5 bulan dah boleh buat sikit2.

mmg jarang nampak rxz skg ni, klu lalu mmg den jeling je smpai hilang haha rindu kut :)paid
 
Sponsored Post
Top
Log in Register