BTC USD 83,564.2 Gold USD 4,177.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

pohon bantuan : berniaga cara sunnah

FYI, main bisness yg saya nk jual adalah tudung labuh yg mcm ustazah tu.. dan saya juga mungkin akan selitkan tudung fesyen sbagai support income sbb saya tau tudung labuh tu market dia amat nipis dan memang takder org berminat nk jual pun dlm kawasan tersebut..

ade gambar x bleh selit2 sikit kat sini :D:D :)cgrock
 
Nnti bila dh buka kedai... haji bgtau lokasi kat sini ye..
 
kedai blom buka lagi.. tapi dlm kepala dah mula nmpak mcm2 kerenah dan keadaan.. boleh tahan juga yer.. memang betullah org kata meniaga kena bijak... terima kasih pada semua yg memberikan pandangan dan nasihat sama ada yg setuju atau tidak... kalau tk kerana pandangan2 tersebut aku pun tak terlintas... memang betul2 kena pandai dan bijak...

credit to all... :)cgrock
 
Niat yang sungguh mulia. Tahniah!

Apapun paling penting fesyen...sebab market kat org pompuan. Tudung labuh simple memang market rendah tapi tudung fesyen yang boleh melariskan perniagaan disamping menggalak lebih ramai pompuan bertudung.

Bab Harga...elok ikut harga market memandangkan di buat kat Uptown dan Pasar2 malam. Tapi bolehlah letak poster sebagai contoh "5% hasil Jualan Akan Di berikan Pada Rumah Anak Yatim....". Niat TT bukan nak dapat keuntungan banyak jadi daripada sekadar cakap mulut, elok letak dalam bentuk poster. Bukan untuk riak tapi membantu orang lain yang nak bersedekah.

Brand name...elok tudung2 ni di letakkan bawah satu jenama. Penjenamaan boleh menjamin tahap kualiti dan secara tak langsung persepsi terhadap kedai yang menjalankan perniagaan tersebut.

Free bits...kerana perniagaan Tuan Haji bukanlah berasaskan keiuntungan semata2 maka eloklah bagi free bits yang berguna. Contoh, bagi setiap pembelian di sedekahkan tasbih atau tudung pin di beri percuma. Baru pembeli terasa berbaloi2.

Pada pendapat saya selalu orang menggunakan perkataan "Sunnah" sebagai pelaris perniagaan sedangkan konsep pemahaman "Sunnah" yang macamana nak di buat x jelas. Contoh, habbatus sawda adalah "makanan Sunnah". Bila dijual dalam botol 150gm pada harga RM10 di pasar malam, pendapat saya ini bukan "Sunnah perniagaan" walaupun habbatus sawda tatap "makanan Sunnah". Ini kerana di kedai Arab di Jalan TAR sebungkus 500gm Habbatus Sawda cuma RM8.00. Perbezaan harga terlalu jauh dari harga kos.

Harap2 lebih ramai peniaga cuba untuk menerapkan "Sunnah Perniagaan" dalam aktiviti perniagaan mereka bukan sekadar "barangan Sunnah" semata-mata.

Ini sekadar contoh dan pemahaman cetek saya sahaja. Anyway, best of luck!
 
salam semua forumer muslim yg dikasihi,

saya sudah pasang niat utk berniaga kecil2lan dibazar mlm (mcm uptown), saya bercadang utk meniaga tudung sambil berkempen utk mengajak muslimah menutup aurat..

dan kebetulan pula saya tiada pengalaman meniaga secara sunnah, maksud cara sunnah disini saya meletakkan pembeli menentukan nilai untung saya selepas saya memberitahu harga pokok dan kos2.. kalau dia beri singgit maka saya terima jelah janji muslimah tersebut menutup aurat.. apa yg saya ingin bertanyakan disini agak2 pesaing yg meniaga sama mcm saya marah tak..?? dan apakah ada istilah menutup periuk nasik org..??

pohon nasihat dan pandanagn dari semua pihak...


Alhamdulilah semakin bagus impian tt. Sebelum tu kita kena amk tahu dulu perbezaan niaga offline (konversional) & online. Beza paling ketara di situ pelanggan/bkl prospek/pesaing kita tahu siap kita siapa owner sdan apa yg kita rencanakan.

Isu "periuk nasi" & "rezeki" itu bergantung apada suasana dan individu. Itu bkn kita yg tentukan bkn pelanggan kita ataupun pesaing kita yg tentukan itu urusan Allah SWT. Niat yg baik dtg dari hati yg ikhlas. tt blh cuba dulu area2 kawasan tt tu, nk kata akan ada yg mrh tu in sha allah akn wujud "insan-insan" sebegitu nnti :D almaklum la nk dkt bln puasa dan syawal nie. Inikan bulan limpahan "wang ringgit" yg tak terhingga.

In sha allah niat tt yg baik itu akan dipermudahkan Allah Taala. :)cgrock apa yg terjadi nnti anggap je itu dugaan berniaga. Dlm bisnes mmg tak blh lari dari terserempak dgn "situasi-situasi" tuh :) :D

Saya doakan tt sukses dgn plan2 tt tu. Hanya nk ingatkan kegagalan sebenar adalah kegagalan merancng dan memulakan. :)cgrock
 
kalau nak berniaga di tempat ramai pesaing kena kena berniaga secara adil. tak boleh letak harga ikut suke atau jauh lebih rendah dari orang lain. kalau tak silap ade cerita yang zaman khalifah umar, pernah menghalau peniaga yang seperti ini. (sumber dari dr maza kalau tak silap)

teman pun dgr macm ni jugak la..umar marah org jual under market...sbb akan kill perniaga lain...lepas tu monopoli...cadangan teman tt jual online la...xkacau market dan boleh bagi less dalam 20-30% dari harga market....:D:D
 
Back
Top
Log in Register