BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PNBMV Lancar Filem Merdeka Pertama, 'GAPAI' Semarak Semangat Patriotisme

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PNBMV Lancar Filem Merdeka Pertama, 'GAPAI' Semarak Semangat Patriotisme​

7c92f3381922ec644079243da5f0e1606a8c33797e0cc

a66bb5d982c7c1f0032ae862f81b5b9e6a8c33ac2fd19

Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Datuk Izwan Hasli Mohd Ibrahim berucap pada Majlis Tayangan Perdana Filem “GAPAI” yang akan disiarkan di laman sosial PNB sempena bulan kemerdekaaan.

PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV) melancarkan filem Merdeka pertama terbitannya, GAPAI, bagi menyemarakkan semangat patriotisme rakyat Malaysia sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

PNBMV dalam kenyataan hari ini memaklumkan filem berdurasi tiga minit itu mendapat ilham daripada detik bersejarah Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika mengangkat tangan ke langit sambil melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali pada upacara Perisytiharan Kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 1957.

Ketua Pegawai Eksekutif PNBMV Datuk Dr Izwan Ibrahim berkata sebagai pemegang amanah kepada salah satu warisan paling penting negara, pihaknya bertanggungjawab bukan sahaja memelihara sejarah, malah memastikan warisan itu terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang.

“Presint Merdeka 118 berdiri megah di tapak di mana kemerdekaan Malaysia diisytiharkan dan kami mahu setiap kunjungan ke sini menjadi peringatan tentang dari mana kita datang dan sejauh mana kita telah pergi,” katanya.

Beliau berkata GAPAI turut mencerminkan falsafah PNBMV dalam membangunkan Merdeka 118 sebagai presint bertaraf dunia tanpa mengenepikan komuniti yang menghuni dan membentuk kawasan bersejarah itu.

Filem berkenaan akan mula ditayangkan kepada orang ramai esok menerusi saluran media rasmi Merdeka 118.

Menurut kenyataan itu, sempena Bulan Kebangsaan, Presint Merdeka 118 turut bekerjasama dengan LOCCO bagi menganjurkan sambutan Merdeka selama tiga hari dari 29 hingga 31 Ogos ini di Stadium Merdeka dan Merdeka Boulevard.

Program berkenaan merangkumi Bazar Komuniti Merdeka, aktiviti budaya dan warisan, Merdeka Flashmob serta Warisan KL Explorace.

GAPAI diterbitkan oleh syarikat penerbitan tempatan Twentyoneseventeen dengan kerjasama agensi kreatif PNBMV, M&C Saatchi Karsa Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register