combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,139
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,139
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
KBHKHM 2026: Gerabak KTMB Jadi Pentas Bergerak Semarak Bahasa Melayu, Semangat Patriotik
Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Datuk Aminurrahim Mohamed (tengah) dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Dr. Hazami Jahari (tiga, kiri) bergambar bersama wakil Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur dan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ketika program Kembara Bahasa Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di Stesen KTMB Kuala Lumpur.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perjalanan tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Stesen Kuala Lumpur ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini bertukar menjadi pentas bergerak dengan persembahan yang menggabungkan bahasa, sastera, seni dan patriotisme menerusi Program Kembara Bahasa Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (KBHKHM) 2026.
Program anjuran Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu menampilkan pelbagai aktiviti didik hibur termasuk nyanyian lagu patriotik, deklamasi sajak, kuiz bahasa dan sejarah serta persembahan muzik.
Sebanyak 60 pelajar dari Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dan Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur bersama-sama penggiat seni mengambil bahagian dalam program yang mengangkat konsep “Kembara Bahasa di Atas Landasan” itu.
Pelajar Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, Qaseh Umairah Maswesi Ahmad, 16, yang anggun mengenakan busana songket, memuji penganjur program kembara itu kerana menampilkan pendekatan berbeza dalam memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu dan semangat cintakan negara.
Qaseh Umairah yang turut mengambil bahagian dalam deklamasi sajak berkata pelbagai aktiviti interaktif seperti kuiz kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik dan persembahan dikir barat menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.
“Memang seronok sebab kita bukan sahaja dapat naik tren KTM beramai-ramai malah dapat turut serta dalam pelbagai aktiviti didik hibur. Program seperti ini wajar disertai semua golongan bagi memastikan bahasa Melayu terus digunakan dan tidak dilupakan generasi akan datang,” katanya kepada Bernama di Stesen UKM Bangi.
Seorang lagi pelajar, Nur Mirza Amani Muhamad, 16, dari Sekolah Seri Puteri Cyberjaya berkata pendekatan santai yang diketengahkan membuka ruang kepada golongan muda untuk mengenali bahasa Melayu dari sudut lebih menarik, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingannya dalam kehidupan seharian.
“Sesetengah generasi muda seperti saya kadang-kadang kurang yakin untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul kerana sejak kecil sudah biasa menggunakan bahasa Inggeris dalam keluarga. Program seperti ini menunjukkan bahasa Melayu sebenarnya mudah dan seronok untuk dipelajari,” katanya.
Suasana dalam gerabak itu turut dimeriahkan dengan persembahan “St. John's Alumni Pipe Band Malaysia” yang menampilkan enam pemuzik di bawah pimpinan Pipe Major Raja Muhammad Hizami Raja Kamarulzaman,
Loading…
www.bernama.com