BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PN akan calonkan Shahidan di Arau

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
Mohd Shukri berkata, nama calon kerusi Parlimen Arau dikosongkan pada saat akhir kerana rundingan di peringkat Pusat dengan Shahidan masih belum dimuktamadkan lagi.

PN akan calonkan Shahidan di Arau​

02 November 2022 10:13amMasa membaca: 2 minit

1966224.jpg

Shahidan Kassim - Foto Bernama

KANGAR - Perikatan Nasional (PN) Perlis mengesahkan kekosongan nama calon kerusi Parlimen Arau adalah untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Shahidan Kassim bertanding mewakili pakatan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli berkata, nama calon kerusi Parlimen Arau itu dikosongkan pada saat akhir kerana rundingan di peringkat Pusat dengan Shahidan masih belum dimuktamadkan lagi.

“Ya, betul ada rundingan dengan beliau (Shahidan). Semua bermula apabila kami berjumpa secara tidak sengaja di lapangan terbang pada Isnin lepas.
“Kami mempunyai hubungan baik selama ini dan perkara ini (tawaran menjadi calon PN) tercetus selepas terdapat ura-ura beliau mungkin tidak tercalon pada PRU15.
“Di peringkat negeri, kami belum tahu lagi keputusannya kerana perbincangan masih berjalan di ibu pejabat. Saya masih menunggu keputusan ibu pejabat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis berkata, pihaknya sebelum ini telah menghantar nama calon untuk dipilih di peringkat Pusat bagi bertanding di kerusi Parlimen Arau pada PRU15.
“Kerusi Parlimen Arau ini adalah milik Pas. Sebelum ini, kita sudah hantar senarai nama yang sesuai untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau.

“Berdasarkan situasi sekarang, kita akan beri laluan kepada Shahidan sebab beliau adalah calon boleh menang. Paling penting pada kami adalah memenangi sebanyak kerusi pada PRU15,” katanya.

Tambah Mohd Shukri, beliau percaya bahawa penyokong Pas di peringkat akar umbi akan merestui keputusan ini kerana mereka ahli yang taat kepada parti.

Pada Selasa, Shahidan mengesahkan tetap mahu bertanding di kerusi Parlimen Arau walaupun perlu menggunakan tiket parti lain selepas namanya digugurkan sebagai calon BN dan digantikan dengan Datuk Rozabil Abdul Rahman.
 
Kalau dia bole jd calon PN..xmustahil annuar musa pun same..bertanding atas tiket PN..

Pss..mek pkai avatar ape tu? Xnmpk la..kecik sgt.. 😊
 
Politik apa yg mustahil bang hahaha....
 
Kalau dia bole jd calon PN..xmustahil annuar musa pun same..bertanding atas tiket PN..

Pss..mek pkai avatar ape tu? Xnmpk la..kecik sgt.. 😊
setuju dengan tn yussv, anuar musa pun sama

psst. tn yussv tu tulip purple :D
takpa nanti saya ganti dengan avatar purple tulip yg lain
 
Back
Top
Log in Register