afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,223
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,223
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Amirudin dakwa BN akan ‘ditelan’ PN
Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari berkata usaha membentuk kerjasama politik atas nama ‘penyatuan ummah’ bukan perkara baharu.
Beliau berkata, tanda PN ingin mendominasi BN sudah ada dengan penggunaan ungkapan ‘Perikatan Barisan Nasional’.
Katanya, usaha membentuk kerjasama politik atas nama ‘penyatuan ummah’ bukan perkara baharu dan pernah berlaku dalam beberapa episod sebelum ini.
Beliau menyenaraikan penyertaan PAS dalam BN pada 1972, usaha selepas BN kehilangan majoriti dua pertiga pada 2008, serta selepas kekalahan BN pada PRU 2018 sebagai antara episod yang pernah berlaku.
“Ketiga-tiga detik percubaan ini gagal dengan begitu dahsyat dan akan gagal sekali lagi kerana tabiat ditampilkan oleh beberapa pihak parasit politik ini tiada prinsip, miskin maruah, tamak kuasa, dan bakal menghadapi gelagat pengkhianatan apabila nafsu politik tidak tercapai,” katanya dalam kenyataan.
Amirudin turut membangkitkan kedudukan politik negeri dikuasai PN.
“Semua 32 wakil rakyat DUN Terengganu daripada PN, 44 daripada 45 wakil rakyat di Kelantan mewakili Perikatan Barisan Nasional, 33 daripada 36 wakil DUN Kedah datang daripada parti PN. Perlis pula hanya mempunyai 1 wakil pembangkang.
“Kalau betul ‘penyatuan ummah’ boleh menyelesaikan semua masalah rakyat dan memajukan ekonomi, rakyat di Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis sepatutnya sudah hidup jauh lebih selesa dan mempunyai pendapatan lebih tinggi berbanding penduduk di Tokyo, Dubai, dan Doha,” katanya.
Sebaliknya, beliau berkata rakyat di negeri tersebut masih mencari peluang pekerjaan dan kehidupan lebih selesa di negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Amirudin berkata, PH memilih pendekatan ‘kesatuan rakyat’ berasaskan kepercayaan, nilai dan tekad mengangkat martabat rakyat demi masa depan Malaysia yang makmur, harmoni dan stabil.
“Prestasi dan komitmen PH bukan janji. Ini adalah bukti yang telah dinikmati oleh rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan kini di peringkat persekutuan.
“Golongan susah diberikan bantuan kewangan bagi mengatasi kos sara hidup, Islam terus subur di samping agama lain diamalkan secara aman, generasi muda menerima peluang pendidikan serta pekerjaan berkualiti tinggi, keluarga menikmati rumah mampu milik, manakala warga emas disokong atas jasa kepada negeri dan negara,” katanya.
