BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PMO, Muhyiddin tak campur tangan projek IPD, mahkamah diberitahu

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

PMO, Muhyiddin tak campur tangan projek IPD, mahkamah diberitahu​

84cb730f-04c0-4cb9-94ad-b73c226ab2a3-Muhyiddin-Yassin-in-court-bernama-pic-29726.jpg

Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan program Jana Wibawa, sebuah inisiatif kerajaan yang diperkenalkan ketika pandemik Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera. (Gambar Bernama)

Bekas pengarah JKR Selangor, Lokman Nasir, 62, memberikan keterangan dalam perbicaraan kes rasuah Muhyiddin membabitkan projek bernilai RM141 juta itu, yang dianugerahkan kepada Nepturis Sdn Bhd pada 12 Januari 2022 bawah program Jana Wibawa bagi membantu kontraktor Bumiputera.

Lokman dalam kenyataan saksi berkata beliau merupakan pegawai penguasa projek berkenaan, yang bertanggungjawab memastikan projek itu disiapkan mengikut kos, kualiti dan tempoh yang ditetapkan serta tidak menjadi ‘projek sakit’.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Muhyiddin, Chetan Jethwani, Lokman berkata beliau tidak terlibat dalam menilai atau memilih kontraktor dan Muhyiddin tidak campur tangan dalam tugasnya.

Chetan: Ketika anda dilantik sebagai pegawai penguasa, adakah anda terlibat dalam pemilihan atau penilaian kontraktor?

Lokman: Tidak.

Chetan: Ketika menyelia projek ini, adakah terdapat sebarang campur tangan daripada Pejabat Perdana Menteri?

Lokman: Tidak.

Chetan: Anda tidak berjumpa dengannya atau menerima sebarang panggilan daripadanya?

Lokman: Tidak.

Sebelum ini, Pengarah Metrasys Sdn Bhd, Lian Tian Chuan, memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui bekas timbalan ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, yang disifatkannya sebagai rakan golf Muhyiddin, untuk mendapatkan projek IPD itu bagi Nepturis, salah sebuah syarikat pembinaannya yang lain.

Nepturis diuruskan oleh rakan kongsinya, Rizman Akum Khan dan Aliza Malek.

Muhyiddin, 79, menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan program Jana Wibawa, sebuah inisiatif kerajaan yang diperkenalkan ketika pandemik Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.

Presiden Bersatu itu didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk meminta rasuah berjumlah RM225.3 juta bagi parti tersebut daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor dan ahli perniagaan, Azman Yusoff, yang merupakan pengarah urusan KCJ Engineering Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Beliau turut menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM200 juta yang didakwa diterima daripada Bukhary Equity dan dimasukkan ke dalam akaun Bersatu di AmBank dan CIMB Bank.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di AmBank di Petaling Jaya dan CIMB Bank di Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur, antara 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Nur Iman Wan Ahmad Afzal hadir bagi pihak pendakwaan hari ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Nurdin bersambung esok.
 
Back
Top
Log in Register