BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin, ahli perniagaan main golf bersama pada Julai 2020, mahkamah diberitahu

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Muhyiddin, ahli perniagaan main golf bersama pada Julai 2020, mahkamah diberitahu​

8aeb1506-5277-46f9-a3d1-66cb12915bb3-muhyiddin-yassin-bernama-260826.jpg

Ahli perniagaan, Azman Yusoff, dakwa bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin beritahunya bahawa anggota PKBM boleh menderma terus kepada Bersatu. (Gambar Bernama)

Ketua keselamatan kumpulan Tropicana Golf & Country Resort, S Saravanan, 55, beritahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes rasuah Muhyiddin bahawa rekod dalam sistem komputer kelab menunjukkan presiden Bersatu itu menyertai permainan golf bersama 14 pemain lain pada hari berkenaan.

Nama yang disenaraikan pada tag ‘green fee’ ialah Natan, Shahran, Syed Hafiz, Esa, Tony, Azman, Adlan, Faliq, Shahjuan, CDR Sharif, Noor Zilan, Adam, Rashid dan Jared Ethan.

Azman, yang merupakan presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera (PKBM), sebelum ini memberi keterangan bahawa selepas satu kejohanan golf di kelab itu pada Julai 2020, Muhyiddin secara spontan memberitahunya bahawa anggota PKBM yang ingin menyumbang kepada Bersatu boleh menderma terus kepada parti berkenaan dan bukannya kepada pemimpin parti secara individu.

Bagaimanapun, peguam Muhyiddin, Amer Hamzah Arshad, mencabar keterangan Azman dengan mengatakan satu-satunya kejohanan golf yang dianjurkan bawah Tan Sri Muhyiddin Charity Golf pada 2020 diadakan pada Oktober.

Semasa pemeriksaan, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Hazwani Omar meminta Saravanan menerangkan permainan golf pada 19 Julai 2020.

“Biasanya, apabila bermain dalam kumpulan kecil, kami memanggilnya permainan persahabatan. Sebaliknya, kejohanan merujuk kepada kumpulan besar yang terdiri daripada antara 40 hingga 160 pemain. Dalam kes ini, terdapat 15 pemain,” katanya.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela iaitu Chetan Jethwani, Saravanan berkata seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengunjungi kelab itu bagi menentukan tarikh Azman dan Muhyiddin bermain golf bersama.

Chetan menyatakan bahawa Saravanan hanya menyertai kelab itu pada 3 Nov 2020, hampir empat bulan selepas permainan golf berkenaan, dan bergantung sepenuhnya kepada maklumat dalam sistem komputer kelab.

Chetan: Anda tidak boleh pasti mengenai ketepatan maklumat dalam sistem itu?

Saravanan: Saya tidak boleh.

Chetan: Saya katakan kepada anda, ia boleh diubah suai.

Saravanan: Saya tidak pasti mengenai perkara itu.

Ketika ditanya sama ada jabatan IT bertanggungjawab terhadap keseluruhan sistem, Saravanan berkata sistem itu diselia oleh jabatannya dan jabatan golf, manakala jabatan IT hanya dirujuk apabila timbul masalah teknikal.

Sementara itu, seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Nuralis Mat beritahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak akan memanggil bekas timbalan ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, untuk memberi keterangan, walaupun namanya disebut beberapa kali sepanjang perbicaraan.

Muhyiddin, 79, sedang dibicarakan atas empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan berjumlah RM225.3 juta untuk Bersatu daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd, Azman, dan KCJ Engineering.

Beliau turut menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM200 juta yang didakwa diterima daripada Bukhary Equity dan dimasukkan ke dalam akaun Bersatu di AmBank dan CIMB Bank.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara 1 Mac 2020 hingga 8 Julai 2022.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mengetuai pasukan pendakwaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Nurdin bersambung esok.
 
Back
Top
Log in Register