BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Ucap Tahniah Kepada Semua Pihak Jayakan SUKMA 2026

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,696
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,696
Reaction score
97
Points
80

PM Ucap Tahniah Kepada Semua Pihak Jayakan SUKMA 2026​

dccdc58a79dabb0c6ce117733e2ec7316a8c71a7bc3f4

9723143c3be46dd525ae1a29ce93f8416a8c71bd35a91

d451227a8e4d564f069849c521c90cd56a8c71cfe785c

366615b833602bc8712bb8b8cea964316a8c71e29a4f6

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Kerajaan Negeri Selangor atas komitmen serta kerja keras sebagai tuan rumah bagi menjayakan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Beliau berkata penganjuran yang tersusun dan meriah membuktikan keupayaan Selangor mengangkat temasya sukan negara dengan penuh semangat serta kebersamaan.

Anwar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua atlet, jurulatih, pegawai dan urus setia yang terlibat serta mengingatkan bahawa pentas SUKMA bukan sekadar soal pingat tetapi gelanggang mencungkil bakat selain melahirkan juara.

“Kepada anak-anak muda, teruskan berjuang dan asah bakat kerana insya-Allah, ada antara kalian yang bakal menggalas nama Malaysia di pentas dunia. Tahniah semua! Teruskan melangkah dan terus mengharumkan nama negara.

“Tahniah juga kepada saudari Eliza Tan Ai Shen dari Selangor dan saudara Cheah Zen Hong dari Pahang yang dinobatkan sebagai Atlet Wanita dan Lelaki Terbaik. Lebih manis, tuan rumah Selangor muncul Juara Keseluruhan SUKMA 2026,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri turut menjunjung kasih atas keberangkatan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Majlis Penutupan SUKMA edisi ke-22 malam ini.

Menerusi hantaran sama, Anwar turut mengimbau pentas SUKMA yang dilancarkan 40 tahun lepas hasil cetusan ilham beliau ketika menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan pada 1983.

“Alhamdulillah, hari ini SUKMA terus menjadi medan menyatukan bakat, semangat dan daya juang anak-anak muda dari seluruh negara termasuk Brunei Darussalam,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register