BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'PM perlu malu ISA diguna lagi'

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
Penahanan terbaru sekumpulan lelaki bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disifatkan "mengesahkan kesangsian" rakyat terhadap pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan akta itu sebelum ini.

"Kini ia amat pasti bahawa pengumuman itu hanyalah untuk kepentingan politik Najib dan tidak serius dan jujur dalam memansuhkan akta zalim ini," kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan Penyelaras NGO hak asasi Suaram E Nalini.

Perdana menteri pada malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula undang-undang lain bagi memastikannya memenuhi kehendak semasa.

Dalam kenyataan bersama Syed Ibrahim dan Nalini hari ini, mereka mempersoalkan sama ada Najib cuba memperdayakan rakyat Malaysia berhubung penangkapan pertama selepas pengumuman pemansuhan ISA pada 15 September lalu.

"PM perlu berasa malu atas penangkapan ini," kata mereka sambil menyifatkan tuduhan ke atas kumpulan lelaki itu masih tidak pasti.

Polis dilaporkan menggunakan ISA di Sabah kerana didakwa terbabit dengan kegiatan militan yang menggunakan Tawau sebagai tempat transit senjata dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang beroperasi dari Kalimantan.

Senaraikan nama, status

Bagaimanapun, memetik sumber, laporan Berita Harian dan The New Straits Times itu tidak sepakat sama ada 10 atau 11 orang ditahan bawah akta kontroversi itu.

GMI dan Suaram pula menyifatkan jumlah dilaporkan hanyalah angka "tidak rasmi" kerana sumber mereka memaklumkan kemungkinan 14 orang ditahan.

Kedua-dua NGO itu turut menyenaraikan nama invidividu yang didakwa ditahan, termasuk status pekerjaan mereka.

Menurut GMI dan Suaram, identiti mereka: Mohd Nazri Dollah (guru agama), Yusof Saripuddin (peniaga ayam) Muhd Adnan Umar dan Darto Bandu (guru tuisyen), Muhd Abduh Umar (pemandu lori), Faizal Hamma dan Joni @ Muadz (pengedar akhbar harian) dan Bakar Baba (guru).

Tiga lagi individu lain - dikenali Adwan, Azmi dan Suriadi - tidak dinyatakan nama penuh dan status pekerjaan mereka.

Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi dilaporkan enggan mengulas penahanan tersebut kerana kes itu dikendalikan Bukit Aman.

cbe6bddaae39892c298f2ee637bfa4e2.jpg

sumber
 
ckp tak serupa bikin

malu lah woii
 
Sekumpulan lelaki ditahan ISA di Sabah

Walaupun perdana menteri mengumumkan akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akta itu terus digunakan terhadap sekumpulan lelaki di Sabah kerana didakwa terbabit dengan kegiatan militan.

Bagaimanapun, memetik sumber, laporan akhbar tidak sepakat sama ada 10 atau sebelas orang ditahan bawah akta kontroversi itu.

Difahamkan, penahanan kumpulan terbabit dilakukan pasukan petugas khas (operasi/ antipengganas) Bukit Aman hasil maklumat risikan, lapor Berita Harian dan The New Straits Times.

Sumber memaklumkan, antara yang ditahan antara Isnin hingga semalam, terdapat juga warga Filipina dan Indonesia.

"Semua mereka ditahan mengikut ISA yang masih terpakai kerana akta berkenaan belum dimansuhkan bagi membantu siasatan," sumber dipetik sebagai berkata.

Penahanan itu dilapor ekoran maklumat bahawa militan menggunakan Tawau sebagai tempat transit senjata daripada Filipina dan mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar - juga dikenali kumpulan Kaltin - yang beroperasi dari Kalimantan.

Pihak berkuasa juga difahamkam bahawa kumpulan itu merekrut warga tempatan dan menghantarnya berlatih di negara jiran.

Penahanan itu telah dimaklumkan kepada keluarga masing-masing melalui surat (atas).

Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas penahanan tersebut kerana kes itu dikendalikan Bukit Aman, lapor harian berbahasa Melayu itu lagi.

Perdana menteri malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

1670df8c62859131edde91d26e649a1b.jpg
 
ada lagi ke ISA ?
 
hidup lg ISA ni.. ingatkn dah mansuh.. ckp tak serupa bikin tul la najis ni..
 
tangkap militan gune ISA,elok la kot ISA x mansuh lg,kalo x senang2 jeer militan tu bebas.....
 
ISA di Sabah: TPM tutup mulut
4:30PM Nov 17, 2011
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini enggan mengulas berhubung penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap sekumpulan lelaki yang dituduh militan di Sabah.

Ditanya pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur, beliau meminta perkara itu diserahkan kepada ketua polis negara untuk menanganinya.

Walaupun perdana menteri mengumumkan akan memansuhkan ISA September lalu, akta itu dilaporkan terus digunakan di Sabah pada minggu ini.

Memetik sumber, laporan akhbar tidak sepakat sama ada 10 atau 11 orang ditahan bawah akta kontroversi itu.

2b1adf8b055399ef44a577cdb37f0398.jpg
 
ISA masih ada sebab undang2 anti-subversif belum lagi dibentangkan..:))
 
Back
Top
Log in Register