BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Mahu Silat Diperkasa, Bentuk Generasi Berakhlak Dan Punyai Roh Perjuangan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a6abf7e58b949651444d850369571a5169cfd69202281

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Himpunan Pendekar MADANI Pahang di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di sini hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu seni silat terus diperkasa khususnya kepada generasi muda kerana ia bukan hanya membentuk akhlak dan disiplin diri malah menanam roh perjuangan.

Anwar berkata beliau memandang serius usaha berkenaan dan telah menyampaikannya kepada Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

“Semangat ini mesti ditanam... ia (silat) bukan hanya latihan seni mempertahankan diri biasa, ia membawa roh perjuangan yang lama, yang mengorbankan darah, keringat, air mata dan nyawa,” katanya ketika berucap pada Himpunan Pendekar MADANI di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) malam ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Justeru, Anwar berkata program Himpunan Pendekar MADANI bukan acara biasa sebaliknya mampu mengangkat martabat anak muda yang mempunyai semangat serta kekuatan untuk mempertahankan negara dan harga diri bangsa.

“Jangan kita pedulikan pandangan-pandangan yang bebal dan negatif di luar... kita tahu harga diri kita.

"Kita tahu bahawa mahu pertahankan maruah bangsa ini dan negara kita, kita mesti angkat satu kelompok… anak muda yang punyai semangat dan kekuatan,” kata beliau.

Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan Anugerah Pendekar MADANI Pahang kepada bekas atlet silat negara Fazly Mansoh manakala Anugerah Srikandi MADANI Pahang kepada bekas atlet negara Suzy Mohd Sulaiman.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menerima secara simbolik Piala Kejuaraan PMX yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok di SUKPA.

 
Back
Top
Log in Register