BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Mahu Aspek Penyampaian, Komunikasi Kerajaan Diperkukuh

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80

PM Mahu Aspek Penyampaian, Komunikasi Kerajaan Diperkukuh​

294af935f67c3be149063fe8dd11a52b6a8c65d0bd959

f69fdd3b421aed3b84d6ee68957d20036a8c65e3c6ce2

082d996300f913223b77487b6b57899f6a8c65f67334b

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu aspek penyampaian dan komunikasi kerajaan terus diperkukuh.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu penting bagi memastikan setiap dasar, usaha dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat difahami serta dirasai manfaatnya oleh rakyat.

“Perkara itu antara yang ditekankan sewaktu (saya) mempengerusikan Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan petang tadi.

“Mesyuarat berkala ini bertujuan meneliti pengukuhan tadbir urus serta pelaksanaan reformasi dalam pentadbiran kerajaan,” katanya.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

 
Back
Top
Log in Register