BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Zahir Penghargaan Kepada Jentera KPDN Laksana Program Jualan Rahmah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
10d39eefd3be8bcf3a00cb27f72e2f7769ae3898401e2

419cbd701f710cb11c91e292e5bfbcc069ae3858b3f0d

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) merasmikan Aplikasi Jualan Rahmah MADANI semasa hadir ke Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kerja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada seluruh jentera Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) atas komitmen melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) bagi membantu rakyat.

Beliau berkata pelaksanaan program itu memerlukan komitmen tinggi khususnya sepanjang bulan Ramadan apabila jumlah penganjuran PJRM meningkat dengan ketara hingga mencecah 1,898 siri.

“Bayangkan bulan Ramadan ini sahaja (jumlah) PJRM (dianjurkan) 1,898 siri. Ini bermakna saudara bekerja tiga ke empat kali ganda daripada bulan-bulan sebelumnya dan saya belum dengar ada rungutan.

“Saya juga merasa bangga dengan komitmen saudara-saudara (jentera KPDN) menjayakan program ini kerana program ini secara langsung memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Terima kasih banyak,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali dan timbalannya Datuk Dr Fuziah Salleh serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah mengarahkan KPDN untuk meningkatkan jenis barangan dijual di setiap PJRM, iaitu daripada 40 jenis kepada minimum 50 jenis barangan.

“Ini turut mengambil kira peningkatan pembelian barangan basah sepanjang Ramadan dan sebagai persiapan menyambut Hari Raya,” katanya.

Untuk rekod, sepanjang 2025, sebanyak 25,708 siri PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara dengan lebih 27 juta transaksi pembelian direkodkan.

 
Back
Top
Log in Register