BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Umum Pelantikan Anggota Kabinet Baharu

tu 10thn nye kerajaan

pmx ni tak sampai 4thn punya kerajaan 😂😆


600 billion hutang- 60 tahun --BN

600 Billion hutang tambahan hutang zaman anwar..

kalau dah jadi agent tahudi mabok .. mmg lah boleh bg kesan secara synesthetic ..dah berape billion BNM nak pertahankan RM tu..hahaha

bangga sgt 4 tahun..wakakakkaka
 
600 billion hutang- 60 tahun --BN

600 Billion hutang tambahan hutang zaman anwar..

kalau dah jadi agent tahudi mabok .. mmg lah boleh bg kesan secara synesthetic ..dah berape billion BNM nak pertahankan RM tu..hahaha

bangga sgt 4 tahun..wakakakkaka

hutang rendah pon wujud gst nak bangga buat pe?? kangkung je yg turun harga tu nak dibanggakan 😂 😆😂😆
 
hutang rendah pon wujud gst nak bangga buat pe?? kangkung je yg turun harga tu nak dibanggakan 😂 😆😂😆

kangkung turun - marah

Kangkung naik - slurrpp PH terbaik ..

logik walanon

GST ok je..dah dijalan lebih 200 negara.. yelah..lulusan sastera mane tahu ekonomi dan kepentingan GST..sembang lubang taik boleh lah
 
rasanya baru je dia ckp xkn rombak kabinet sbb tngl setahun lbh je lg :unsure:
 

Tiada rombakan besar Kabinet, hanya isi kekosongan portfolio - PM​

01/12/2025
11:55 MYT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak merancang melakukan rombakan besar Kabinet dalam masa terdekat, namun beliau mengakui terdapat beberapa kekosongan pertfolio perlu diisi.

Menurut beliau, rombakan Kabinet mungkin dipertimbang jika Kerajaan mempunyai tempoh masa bersesuaian.

“Kabinet sekarang akan berfungsi setahun lebih atau setahun setengah (sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16), saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan.

“Bagaimanapun saya sedang merenung apakah langkah-langkah harus diambil, tetapi mengisi kekosongan itu ada keperluan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua, di sini, hari ini.

Sebelum ini, khabar angin rombakan Kabinet kencang bertiup berikutan beberapa ahli Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri berstatus Senator bakal menamatkan penggal perkhidmatan pada bulan ini.

Mengikut perlembagaan Malaysia, tempoh jawatan seseorang Senator adalah tiga tahun dan boleh dilanjutkan sehingga dua penggal.

Antaranya Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang akan mengakhiri tugas berkuat kuasa 2 Disember 2025, beliau mengangkat sumpah sebagai senator pada 2 Disember 2022.

Turut mengangkat sumpah Senator pada tarikh sama ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Untuk rekod, rombakan Kabinet sulung dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar adalah pada Disember 2023, dan sekiranya desas-desus rombakan Kabinet ini menjadi kenyataan, ia merupakan kali yang kedua.

 
Back
Top
Log in Register