WP umum pelantikan penggal baharu CEC
AP Aljunied Fadli Fawzi dan AP Tanpa Kawasan Undi Andre Low dilantik secara 'co-opt' ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Pekerja. (Gambar: Laman web Parti Pekerja)
SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) pada Rabu (8 Jul) mengumumkan pelantikan penggal baharu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut menyusuli mesyuarat pertamanya yang diadakan semalam (7 Jul).
WP melantik dua anggota secara 'co-opt' (dipilih bersama) ke dalam CEC iaitu Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied Fadli Fawzi dan AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Andre Low.
IKLAN
Antara pelantikan utama, Muhamad Faisal Abdul Manap kekal sebagai Naib Pengerusi, manakala AP Kenneth Tiong mengambil alih jawatan Bendahari daripada He Ting Ru.
AP Jamus Lim, yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Penyelidikan Dasar CEC, kini dilantik sebagai Ketua Penyelidikan Dasar.
Mantan ketua WP, Low Thia Khiang, kekal dalam CEC sebagai ahli jawatankuasa.
Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Pekerja (CEC)
Setiausaha Agung: Pritam Singh
IKLAN
Pengerusi: Sylvia Lim
Naib Pengerusi: Muhamad Faisal Abdul Manap
Bendahari: Kenneth Tiong
Timbalan Bendahari: Abdul Muhaimin
Setiausaha Penganjur: Dennis Tan, He Ting Ru
IKLAN
Timbalan Setiausaha Penganjur: Tan Kong Soon, Fadli Fawzi
Ketua Pasukan Media: Chua Kheng Wee Louis
Timbalan Ketua Pasukan Media: Andre Low
Ketua Penyelidikan Dasar: Jamus Lim
Timbalan Ketua Penyelidikan Dasar: Gerald Giam
IKLAN
Presiden Sayap Belia: Eileen Chong
Ahli Jawatankuasa: Low Thia Khiang, Harpreet Singh
Peguam Harpreet Singh Nehal, yang bertanding di GRC Punggol pada Pilihan Raya Umum tahun lalu (GE2025) semasa menentang pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong, merupakan satu-satunya muka baharu dalam badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.
CEC WP terus diterajui oleh Setiausaha Agung Pritam Singh dan Pengerusi Sylvia Lim.
Mereka berdua mengekalkan jawatan kepimpinan masing-masing dalam persidangan khas anggota kader parti pada bulan Jun.
WP umum pelantikan penggal baharu CEC
SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) pada Rabu (8 Jul) mengumumkan pelantikan penggal baharu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut menyusuli mesyuarat pertamanya yang diadakan semalam (7 Jul). WP melantik dua anggota secara 'co-opt' (dipilih bersama) ke dalam CEC iaitu Anggota Parlimen (AP)...