Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Penerima Anugerah Maulidur Rasul
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul kepada Pengasas Kumpulan Weststar Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim (dua, kiri) pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M.
Menerusi catatan di Facebook, beliau mengucapkan tahniah kepada Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Westar Group Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim yang dinobatkan sebagai Tokoh Perdana Maulidur Rasul tahun ini.
Anwar turut merakamkan ucapan tahniah kepada Maulana Abdul Hamid Chin, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Laman Yasim, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Muhammad Mikhael Sathayah, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dan Prof Dr Ruzita Mohd Amin yang masing-masing menerima anugerah dalam kategori lain.
Terdahulu, Anwar menyampaikan anugerah berkenaan pada majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Ayob Khan menerima Anugerah Maulidur Rasul bagi kategori Tokoh Wira Negara, guru agama Abdul Hamid (Tokoh Agamawan), Ruzita (Tokoh Wanita MADANI), manakala Ahmad Parveez dianugerahkan Tokoh Saintis/Inovatif Kreatif.
Ahmad Fahmi dianugerahkan Tokoh Belia Harapan, pesara buruh Laman (Tokoh Keluarga Mithali) dan pempengaruh media sosial Muhammad Mikhael Sathyah menerima Tokoh Khas (Saudara Baru Cemerlang).