BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Sampai Sumbangan Kepada Ibu Tunggal Di Semambu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
cce44bdf45ce8fa77ebbe1278be12f5d6905f1eda87eb

Kredit : FB Farhan Fauzi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal Wong Kim Keow, di Semambu, Pahang bagi membantu meringankan beban keluarga wanita itu.

Sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi menerusi program Ziarah MADANI.

“Di sebalik wajah tenang itu, tersimpan cerita perjuangan seorang wanita yang tidak pernah mengalah, biarpun ujian hidup datang silih berganti.

“Bagi pihak Perdana Menteri, saya hulurkan sumbangan tunai dan bakul makanan untuk meringankan beban beliau sekeluarga. Namun yang lebih utama, adalah rasa kebersamaan dan sokongan moral agar beliau tahu, perjuangan ini tidak pernah bersendirian,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran Facebook hari ini yang turut dikongsikan oleh Anwar.

Ahmad Farhan berkata semangat Ziarah MADANI bukan sekadar menyantuni golongan memerlukan, tetapi juga menyalakan kembali harapan agar mereka terus tabah menghadapi dugaan.

 
Back
Top
Log in Register