BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Pantau Secara Serius Operasi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Timur Tengah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,158
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,158
Reaction score
346
Points
141
6aa1a1feaf9797231bb378c6fd4ec6be69aea659a4e51

--REUTERS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memantau secara serius operasi membawa pulang rakyat Malaysia dari zon konflik di Timur Tengah setelah pengesahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dibuat pada hari ini.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri sekali lagi menekankan bahawa nyawa setiap rakyat Malaysia diutamakan dalam apa jua keadaan, terutamanya situasi kritikal yang tidak menentu.

“Mengambil keberkatan bulan Ramadan, Perdana Menteri mendoakan agar keseluruhan operasi membawa mereka pulang ini dipermudah, berjalan lancar, dan kesemua rakyat Malaysia yang terjejas dapat dibawa pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya dalam taklimat Pejabat Perdana Menteri, pada Isnin.

MKN dalam satu kenyataan pada Isnin berkata Kerajaan Malaysia kini berada pada fasa akhir persiapan bagi melaksanakan proses membawa pulang rakyat Malaysia dari beberapa negara yang terjejas akibat konflik di Timur Tengah susulan perkembangan keselamatan yang kian meruncing di rantau berkenaan.

Ketegangan di Timur Tengah meruncing sejak 28 Feb susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, di ikuti oleh serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.

Menurut rekod Kementerian Luar, setakat 8 Mac, seramai 641 orang rakyat Malaysia masih terkandas di beberapa negara terjejas di rantau itu manakala 24,568 rakyat Malaysia telah berdaftar menerusi sistem e-Konsular setakat 7 Mac.

 
Back
Top
Log in Register