BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Lulus Lebih RM20 Juta Untuk Kem PGA Kulim, Sekolah Pondok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
11deb954bfff0f4433c84f1fb459e2fd69ac3c285dabc

86be2dd2864ea50bf79a65af9ea4a2df69ac3c0e9c550

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama para pelajar Maktab Rendah Sains MARA Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kulim pada Majlis Berbuka Puasa bersama Badan Beruniform di Kem Batalion ke-2, Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM. Turut bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan peruntukan segera berjumlah RM18 juta bagi kerja-kerja menaik taraf sistem perpaipan dan pendawaian di Batalion Kedua Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim.

Beliau berkata peruntukan berkenaan membabitkan RM10 juta untuk memulihkan bekalan air di kem itu, sementara RM8 juta lagi bagi membaik pulih sistem pendawaian.

“Tadi, sebelum saya masuk (ke dalam kem), saya pergi jumpa dan tanya rakan-rakan anggota (PGA). Saya tanya macam mana keadaan, memang mereka kata air pakai catuan. (Sudah) 2026, mereka berhempas-pulas di lapangan, (apabila) pulang mereka fikirkan catuan air, oleh itu untuk RM10 juta, kita luluskan segera.

“Kemudian, untuk pendawaian RM8 juta kita luluskan. Jadi, RM10 juta untuk air dan RM8 juta pendawaian. Ini kes khas di sini kerana saya datang, mereka kata air tidak ada,” kata Anwar semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM2.69 juta untuk membaiki sekolah-sekolah pondok di negeri ini.

“Jadi, untuk Kedah, kita kenal pasti bagi seluruh negeri peruntukan segera ada 15 projek kecil untuk sekolah pondok dibaiki,” kata beliau.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus bertindak tegas bagi menangani ketirisan dan rasuah di negara ini.

Kerajaan, kata beliau, berjaya mengutip hasil hingga mencecah RM15.5 bilion susulan tindakan tegas berkenaan walaupun tindakan itu menimbulkan rasa tidak senang bagi sesetengah pihak.

“Sebelumnya tidak dikutip, ke mana wang itu? Kalau kita boleh kutip RM15 bilion dalam tempoh dua tahun, ke mana wang itu yang kita tidak kutip sebelumnya? Ini soalan yang mesti kita jawab, kalau kita tidak mahu ulang kesilapan dulu, mesti kita terus tegas dengan tindakan.

 
Back
Top
Log in Register