BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Lulus Peruntukan RM22 Juta Untuk Persenjataan AKPS - Saifuddin Nasution

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

PM Lulus Peruntukan RM22 Juta Untuk Persenjataan AKPS - Saifuddin Nasution​

c113ed85347dda68bb672c3dc75c18c0699d517641bdd

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan RM22 juta bagi melengkapkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dengan senjata api dan kelengkapan bersesuaian, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata langkah itu dipersetujui Perdana Menteri susulan keperluan mendesak untuk memperkukuh aspek keselamatan anggota AKPS selepas insiden tembakan ke atas kenderaan dinaiki seorang komander agensi itu di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada Februari lepas.

“Susulan insiden itu, saya menulis kepada Perdana Menteri tentang keperluan untuk AKPS dilengkapkan dengan persenjataan yang diperlukan dan Perdana Menteri memberi kelulusan serta-merta dengan peruntukan RM22 juta untuk keperluan melengkapkan AKPS dengan senjata yang difikirkan munasabah, sesuai dengan tugasan mereka di sempadan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin Nasution berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai kekangan pegawai AKPS yang tidak dibekalkan peralatan keselamatan seperti senjata api dan jaket kalis peluru ketika bertugas.

Beliau berkata walaupun AKPS dianggotai pelbagai agensi, termasuk pegawai Kementerian Kesihatan, hanya beberapa segmen dalam AKPS yang mempunyai kemahiran untuk mengendalikan senjata api seperti polis.

Menyentuh mengenai soal integriti, Saifuddin Nasution yakin penubuhan AKPS menyelesaikan isu kerenah birokrasi serta risiko integriti yang wujud sebelum ini ketika kawalan sempadan melibatkan lebih 20 agensi.

“Kalau kawalan sempadan melibatkan 20 lebih agensi, prosesnya jadi satu demi satu, tetapi kalau tinggal satu saja agensi yang namanya AKPS, kita boleh mengurangkan kerenah birokrasi dan mampu menjadi formula yang paling baik bagi mengurangkan kerenah ataupun tarikan kepada isu-isu rasuah yang terkait dengan integriti,” katanya.

Beliau berkata hanya dalam tahun pertama beroperasi, AKPS telah mencatat beberapa kejayaan termasuk rampasan besar dadah bernilai puluhan juta ringgit di Lapangan Terbang Pulau Pinang serta kes penyeludupan e-waste di pelabuhan melalui kerjasama agensi berkaitan.

Menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna), beliau memberi jaminan bahawa penubuhan AKPS tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, manakala hak Sabah dan Sarawak di bawah MA63 akan terus dihormati.

 
Back
Top
Log in Register