BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Luang Masa Baca Kad Raya Kreatif Daripada Pelajar, Guru

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
9fc5679d9244e86d31097ca0ae78f8c067e7c57be1e96

a0c1ed5df5544f46cbb9e39e737b7b1a67e7c5e66f4a6

Kredit : FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pelajar dan guru atas kiriman kad raya kreatif sempena Aidilfitri.

Menerusi hantaran video di Facebook rasminya hari ini,  Perdana Menteri menyifatkan ingatan serta coretan dalam kad raya tersebut sebagai sesuatu yang amat bermakna sekali gus menambah keceriaan suasana perayaan.

“Terima kasih atas coretan anak-anak pelajar dan guru-guru sempena Aidilfitri ini. Ingatan kalian dalam kad raya yang begitu kreatif menceriakan sambutan Aidilfitri saya dan keluarga tahun ini.

"Saya doakan keafiatan dan kesejahteraan buat semua, insya-Allah,” katanya.

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu,  Anwar turut membaca beberapa kad raya antaranya daripada Sekolah Kebangsaan Desa Bakti (Pendidikan Khas) dan ada juga pelajar yang mengambil kesempatan memohon tandatangan Perdana Menteri sebagai kenangan.

Beliau juga memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua kad raya yang dikirimkan.

“Kepada semua anak-anak yang begitu baik budi, pesan pula tu sila balas, jangan tak balas, kalau tak dapat balas semua, mohon maaf,” kata Anwar.

 
Back
Top
Log in Register