BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri PM Bangladesh Luang Masa Naik Cruise Tasik Putrajaya

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Isteri PM Bangladesh Luang Masa Naik Cruise Tasik Putrajaya​

df6a53e7d7375c063f683d77170992f86a38b4515ab27

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) bergambar bersama isteri Perdana Menteri Bangladesh Dr Zubaida Rahman ketika menaiki Cruise Tasik Putrajaya hari ini.

Isteri Perdana Menteri Bangladesh, Dr Zubaida Rahman hari ini meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya, mengelilingi tasik untuk melihat bangunan ikonik sekitar Putrajaya dari atas bot.

Ketibaan beliau pada 9.30 pagi disambut oleh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.

Dr Zubaida meluangkan masa selama sejam beramah mesra dengan Dr Wan Azizah dan Hannah sambil menikmati pemandangan pusat pentadbiran negara.

Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman dan Dr Zubaida tiba di Malaysia pada malam Ahad untuk lawatan rasmi selama dua hari dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat antara kedua-dua negara, selain memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.

Lawatan atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan lawatan rasmi dua hala pertama Tarique ke luar negara sejak menyandang jawatan pada Februari 2026.

Bangladesh kini merupakan rakan dagang ke-28 terbesar Malaysia di peringkat global dengan jumlah dagangan bernilai RM12.18 bilion, selain menjadi rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Asia Selatan selepas India.

 
Back
Top
Log in Register