BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Adakan Pertemuan Dua Hala Dengan Rakan Sejawat Singapura, Laos

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e3e52c9f6bce588be83bf40a59f84c0969fc89ffa66b2

a59fa9badc86ee7568b46c2121a0fd0b69fc8a3404286

6c83efd771c6e6ecf02615c207022d2a69fc8a59ddec8

2a9cdae947c464dc76abe5f925d387b869fc8a78047d3


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan dua rakan sejawatnya dari Singapura dan Laos, pada sela-sela Persidangan Kemuncak ASEAN Ke-48 dan Mesyuarat Berkaitan, hari ini.

Anwar yang tiba di Cebu hari ini, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong untuk terus memperkukuh kerjasama strategik berteraskan kepentingan bersama, kestabilan serantau serta kemakmuran rakyat kedua-dua negara.

Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata antara fokus utama yang dibincangkan termasuklah mempercepat pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan memastikan projek RTS Link dapat beroperasi menjelang penghujung tahun ini.

Selain itu, kedua-dua pemimpin juga mengadakan perbincangan untuk memperluas kerjasama tenaga boleh diperbaharu dan Grid Tenaga ASEAN, di samping memperdalam kerjasama dalam bidang Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS).

“Malaysia turut menegaskan kepentingan meneruskan rundingan berkaitan sempadan maritim secara konstruktif dan berlandaskan undang-undang antarabangsa, selain memastikan isu bekalan air, ruang udara serta pengurusan Kuala Lumpur Flight Information Region (KL FIR) ditangani menerusi semangat hormat-menghormati dan persefahaman dua hala,” menurut kenyataan itu.

Berhubung perkembangan serantau dan antarabangsa, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Anwar menekankan kepentingan gencatan senjata berkekalan di Asia Barat, kebebasan pelayaran di Selat Hormuz, serta keperluan ASEAN terus memainkan peranan yang berprinsip dalam memelihara kestabilan, keselamatan dan kelangsungan rantaian bekalan global.

Sebelum itu, Anwar juga mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Laos Dr Sonexay Siphandone dan menzahirkan iltizam untuk memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga boleh baharu, pendidikan tinggi, pertahanan, telekomunikasi dan keterhubungan serantau.

“Malaysia dan Laos berkongsi tekad yang utuh untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara serta kemakmuran rantau ASEAN secara keseluruhannya,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register