afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PKR tak bergantung ‘seorang dua’ hadapi PRU16, kata Zaliha
Dr Zaliha Mustafa berkata PKR akan menangani keputusan wakil rakyatnya yang mahu keluar parti dengan proses sewajarya.
Beliau berkata kekuatan PKR terletak pada organisasi dan anggotanya di seluruh negara, selain usaha berterusan memperkukuh parti menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Persiapan parti tidak bergantung kepada seorang atau dua individu. PKR mempunyai kekuatan organisasi dan anggota di seluruh negara.
“Fokus kita memperkukuh parti, belajar daripada setiap perkembangan dan terus bekerja untuk rakyat,” katanya kepada FMT.
Zaliha berkata demikian ketika ditanya sama ada tindakan beberapa wakil rakyat PKR meletakkan jawatan dan menyertai Bersama akan menjejaskan persiapan parti menghadapi PRU16.
Antara yang menjadi perhatian ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, yang baru-baru ini memberi bayangan kemungkinan meletakkan jawatan susulan kegagalan PKR mengambil tindakan terhadapnya.
Bagaimanapun, Zaliha menegaskan parti tidak mahu mendahului sebarang keputusan yang belum dibuat Lee atau mana-mana wakil rakyatnya.
“Saya rasa kita tidak perlu mendahului sesuatu yang belum berlaku. Kalau ada apa-apa keputusan daripada beliau atau mana-mana wakil rakyat, parti akan menanganinya mengikut proses yang sewajarnya.
“Pada akhirnya, setiap wakil rakyat juga bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan oleh pengundi,” katanya.
Lee memberi bayangan mengenai kedudukannya ketika berucap pada program Parti Bersama Malaysia (Bersama) di Petaling Jaya, Selasa lalu, dengan menyatakan kawasan itu mungkin kehilangan wakil rakyat.
Beliau antara Ahli Parlimen PKR yang disekat daripada mengakses portal MyKhas dan turut menghadiri pelancaran Bersama pada 17 Mei.
